Tuesday, January 26, 2010

Apakah Hukum Jamak Solat Ketika Hujan??

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberi petunjuk kepada saya dan kepada sahabat saya serta seluruh orang-orang yang beriman dan beramal soleh.



Kenapakah saya tertarik dengan tajuk ini??
Saya tidaklah pandai dalam berhukum secara mendalam tetapi, ada seorang sahabat saya yang menjamakkan solat ketika hujan, bagi pandangan saya tidaklah semudah itu, apabila hujan turun sahaja terus jama` solat, ana bertanyakan sahabat ana itu, apakah cukup syaratnya ,kerana jikalau kita melihat adakah zaman yang serba maju ini terdapat sebarang masyaqqah atau kesusahan sehingga kita perlu solatkan jamak ketika hujan tanpa bermusafir??

Dia terus menjawab , ada dalilnya dalam sahih bukhari dan membacakan kitab fiqh sunnah kepada saya, dan mengatakan Imam Syafie membenarkannya, saya terus terdiam, lalu saya pulang ke rumah, dan bertanyakan sahabat saya, iaitu Ust Ifwat, lalu dia suruh saya merujuk kitab "Anwarul Masalik"
saya pun merujuk, dan memberitahu sahabat saya itu syaratnya.

Tapi dia masih enggan untuk menerimanya, dan katanya ingin membuat kajian tentangnya.

Saya terus bertanyakan sahabat saya Ust Ifwat dan berbincang dengannya, lalu dia pun membuat artikel ini..

Sekalung Terima Kasih padanya.
Ini dicopy untuk santapan bersama, sebenarnya saya tidak suka memetik artikel orang, tetapi bila difikirkan ianya bermanfaat, saya pun meminta izin dengannya untuk menyalinnya kembali.
Selamat Membaca.
..('',)..

Jamak Ketika Hujan : Antara 2 pilihan ( siri 1 )


Lama sudah terdetik dalam hati ini untuk menulis berkenaan solat jamak ketika hujan. Sebelum saya masuk kepada perbahasan, artikel ini masih lagi santai bertujuan membuka minda. Bagi yang ingin mengkaji lebih dalam selamilah khazanah turath ulama kita pelbagai mazhab.

Saya mulakan dengan kesimpulan ringkas terlebih dahulu dalam masalah ini:-

1.Ada yang berpendapat tidak wujud apa yang dinamakan sebagai jamak ketika hujan. Ini adalah pendapat mazhab Hanafi.

2.Ada yang berpendapat, dibolehkan jamak ketika hujan dengan syarat-syarat yang ketat. Ini adalah pendapat jumhur ulama mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali.

3.Ada yang berpendapat boleh melakukan jamak ketika hujan tanpa syarat.

Pendapat yang ketiga sangat syaz walaupun masih dibawah ijtihad ulama tertentu. Bukanlah begitu mudah untuk menyatakan bid’ah kepada mereka yang berpegang dengan pendapat ini. Namun yang menjadi masalah apabila mereka berkata:-

“ Kami lebih mengamalkan sunnah”

“ Ulama-ulama yang meletakkan syarat hanya pendapat mereka, sunnah tidak menyatakan demikian”

" Islam itukan mudah"

Baiklah jika ingin mengkaji tentang dalil sunnah. Kita akan membincangkan bersama, adakah pendapat ini benar-benar kuat?

Secara jelas tidak wujud hadith yang sorih ataupun jelas bahawa diharuskan jamak ketika hujan. Yang ada hanyalah beberapa hadith berikut:-

Hadith riwayat Ibnu Abbas:-
“Rasulullah S.A.W telah melakukan jamak solat antara zohor dan asar, dan antara maghrib dan isyak di Madinah tidak kerana ketakutan dan tidak kerana hujan.

Ibnu Abbas ditanya: Apa yang dikehendaki dengan yang demikian itu (mengapa Rasulullah melakukannya)? Dia berkata: baginda mahu memberi kelapangan (mudah) kepada umatnya”.

Kefahaman hadith ini:-

Jika nabi s.a.w. jamak ketika tidak hujan, maka ketika hujan tentulah dibolehkan jamak. Kaedah istidlal ini dipanggil mafhum mukhalafah. Kefahaman sebaliknya terhadap nas.

Penilaian :-
1.Hadith ini direkodkan oleh Imam Muslim. Terdapat 3 hadith yang serupa lafaznya. 2 hadith berbunyi “ tidak kerana ketakutan dan tidak kerana musafir” dan 1 hadith berbunyi “ tidak kerana ketakutan dan tidak kerana hujan”. Ketiga-tiga hadith tersebut diriwayatkan oleh ibnu Abbas.

Maka tidak hairan lafaz yang berbunyi “hujan itu” syaz ( ganjil ) bertentangan dengan 2 riwayat yang tadi yang menyebut “ musafir”.

2.Dalam kaedah usul fiqh, kaedah pendalilan mafhum mukhalafah sangat lemah. Hadith tersebut tidak jelas hingga terpaksa ditafsirkan dengan mafhum mukhalafah ( kefahaman tersirat atau terbalik )

3.Hadith tersebut sangat mujmal ( tidak jelas ), perlukan penafsiran mengapakah Ibnu Abbas meriwayatkan lafaz tersebut. Apatah lagi bertentangan dengan banyak dalil yang lebih kuat dan jelas bahawa solat mestilah dilakukan pada waktunya :-

“Sesungguhnya solat adalah fardhu yang telah ditetapkan waktunya”. surah al-Nisaa : ayat 103.

4.Imam Muslim sendiri tidak meletakkan tajuk “ bab jamak ketika hujan” sebaliknye meletakkan tajuk yang sangat umum “ bab jamak ketika hadhir ( tidak musafir ). Secara umumnya tajuk 'bab' dalam kitab Imam Muslim menunjukkan fiqh dan pendapat beliau.

Bersambung…
Posted by Muhammad Shahrul Ifwat bin Ishak at 2:35 AM 1 comments

Jamak Ketika Hujan : Antara 2 Pilihan ( Siri Akhir )


Selain daripada Hadith ibnu Abbas tadi ( siri 1 ), ada beberapa dalil petunjuk bahawa diharuskan jamak ketika hujan seperti:-

1.Dalam kitab muwato’, Imam Malek meriwayatkan bahawa Ibnu Umar ketika imam menjamakkan solat takala hujan, beliau turut bersama mereka.

2.Kata-kata daripada seorang tabien Abi Salamah Bin Abdul Rahman“ Antara sunnah pada hari hujan adalah menjamakkan antara solat magrib dan juga isyak “

Penilaian terhadap 2 dalil:-

1.Perbuatan Ibnu Umar merupakan perbuatan sahabat bukanlah hujjah.

2.Kata-kata Tabien juga bukanlah hujjah.

Bukanlah kita menolak hadith ibnu Abbas ( siri 1 ), perbuatan Ibnu Umar dan kata-kata Abi Salamah, namun yang menjadi masalahnya dalil tersebut bertentangan dengan dalil yang lebih kuat.

Terutamanya..

“Sesungguhnya solat adalah fardhu yang telah ditetapkan waktunya”. surah al-Nisaa : ayat 103.

Ayat yang jelas menyebut bahawa solat mestilah pada waktunya. Jika ada dalil yang mengkhususkannya mestilah datang dengan bentuk yang sahih dan sorih ( jelas ).

Bahkan dalam sahih Bukhari ada menyebut:-

Nafi' berkata bahwa Ibnu Umar pernah azan ketika shalat di waktu malam yang dingin dan berangin. Kemudian beliau mengatakan 'Alaa shollu fir rihaal' ( hendaklah kalian solat di rumah kalian ). Kemudian beliau mengatakan, "Dulu Rasulullah s.a.w memerintahkan mu'adzin ketika keadaan malam dingin dan hujan, untuk mengucapkan 'Alaa shollu fir rihaal' ( hendaklah kalian shalat di rumah kalian )”

Maka jelas kepada kita bahawa sunnahnya jika hujan adalah keringanan solat di rumah dan meninggalkan jemaah bukannya menjamakkan solat.

Kesimpulan yang jelas dalil berkenaan keharusan jamak ketika hujan adalah lemah, tidak jelas dan bertentangan dengan dalil yang menyatakan tidak perlu jamak.

Namun, mengapa wujud dalam mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali?

Sebab itu dinyatakan dalam kesimpulan tadi ( siri 1 ), jika ingin jamak juga ketika hujan hendaklah mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan oleh mazhab:-

1.Hujan yang turun sangat lebat sehingga pakaian basah kuyup.

2.Jamak hanya dilakukan di masjid yang mana bagi mereka yang tinggal jauh dan sukar untuk datang kembali jika pulang.

3.Hujan yang turun hendaklah berterusan hingga selesai solat pertama.

4.Bagi mazhab Hanbali meletakkan syarat hanya pada solat waktu malam ( Magrib dan Isyak ) bukannya waktu siang kerana tiada kesukaran.

Itu semua adalah ijtihad ulama berdasarkan jamak mestilah dilakukan dalam keadaan kesempitan bukannya sekadar hujan renyai-renyai.

Bukankah islam itu mudah?

Benar, mudah namun bukan boleh dipermudahkan tanpa kesempitan dan mestilah bersandarkan dalil.

1.Kita menerima rukhsoh qasar dan jamak ketika musafir kerana terdapatnya dalil dan wujudnya kesempitan.

2.Kita menerima tayamun ketika ketiadaan air kerana wujudnya dalil.

3.Kita menerima sapu pada khuf kerana wujudnya dalil.

Dalam jamak ketika hujan apa kesempitannya? Bagaimanakah kekuatan dalilnya? Jelaskah perbuatan jamaknya?

Maka, ada 2 pilihan.
1.Tidak menjamakkan solat berdasarkan sunnah tersebut tidak kuat.

2.Boleh menjamakkan solat namun mengikut syarat ketat yang disebut oleh ulama mazhab.

Solat itu tiang agama..

Solat itu ibadat yang mula-mula dihisab..

Berhati-hatilah.

Posted by Muhammad Shahrul Ifwat bin Ishak

No comments:

Post a Comment