Thursday, December 17, 2009

Jadual exam nihaie..

Assalamualaikum wbt...
Adush, exam nihaie dah dekat..
Doalah kawan-kawan semua kat diri ini ye, biar berjaya di dunia dan di akhirat..
oklah, di sini aku letakkan jadual exam nihaie, bagi fasal awal ni.. 2009/2010..
Siapa yang sama madah dengan aku alert lh ye..

0502101

علوم القران

11/01/2010

الاثنـــــــــين

1:30-3:30

0501101

المدخل الى الفقه الاسلامي

13/01/2010

الاربعـــــــــاء

8:30-10:30

0502100

علوم الحديث

17/01/2010

الاحــــــــــــد

8:30-10:30




kalau tiada dalam senarai diatas, sila klik di sini:-
Jadual peperiksaan Akhir Semester Fasal Awal 2009/2010, Universiti Mu`tah..

k. Wassalamualaikum wbt..
Gud luck semua for exam..
Prince Iz , 17/12/09

Friday, December 11, 2009

Jelajah Jordan




Assalamualaikum wbt...
Selamat sejahtera semua,
sebenarnye sudah lame aku tidak bercerita di blog, dikesempatan ini, inginlah ku ceritakan serba sedikit pengalaman aku berhari raya AidilAdha di negara orang..
Pada tahun ini aku tidak merayakannya dengan menyembelih bianatang atau dengan pergi kenduri kahwin..
tetapi aku merayakannya dengan melawat tempat-tempat bersejarah, mengambil i`tibar dan pengajaran...
Macam manakah kaum-kaum yang terdahulu hebat bangunannya, binaanya dan kepakarannya, tetapi dihapuskan oleh Allah s.w.t kerana kesombongan meraka dan keingkaran mereka terhadap perintah Allah s.w.t.

Selama empat hari perjalanan, kami hampir pergi semua tempat yang dirancang,
antara tempat yang seperti di bawah :


1. Madaba.
2. Aqabah.
3. Petra.
4. Jerash.
5.`Uyun Musa .
6. Wadi Rum.
7. Baptism Site.
8. Qatranah .
9. Ummu Qais.
10.Ajlun .*** terpaksa pulang kerana tidak cukup masa.

*Kalau mahu tahu cerita lebih lanjut, sila klik link di atas.



Rumah-rumah yang dibuat ditebuk dari bukit-bukit yang pejal.

Sebelum Masuk Kota petra.

Pintu belakang Kota Petra berjalan 8000 anak tangga baru sampai sini, tu x termasuk kena naik bukit lagi.



Wadi Rum Tempat Arab berhimpun Buat Revolusi Menjatuhkan Kerajaan Uthmaniah.


Air mata air Nabi Musa Alaihissalam yang Allah perintahkan Nabi Musa a.s Memukul batu, lalu terbitlah 12 mata air.

Batu yang dipercayai dipukul oleh Nabi Musa a.s , batu tersebut masih lagi tinggal kesan-kesan aliran air, berada di sebelah aliran air di atas..


Qatranah stesen keretapi yang revolusi arab hancurkan, di mana keretapi ini jikalau siap, nescaya akan membawa jemaah haji dari Eropah (Turkiey) ke Saudi.

Qatranah lihatlah seni bina eropah masih jelas kelihatan.

Tengah memikirkan umat bangsa.. Huhu2..

Jarash masih kukuh binaannya


Al-Harith bin Umair bin Al-Azdi, Utusan nabi yang dibunuh, lalu terjadinya perperangan Mu`tah.



Ada lagi, ada masa aku upload lagi.
Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat pengajaran, akibat yang terjadi terhadap kaum-kaum yang terdahulu.
Moga-moga kita sentiasa dalam ketaatan kepada Allah s.w.t.
Ikhlas From ;
Prince Izudin
13 Dis 2009

Monday, December 7, 2009



Khutbah ini disampaikan pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah di lembah
Uranah, Gunung Arafah.
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak
mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas
tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah
ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini
sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai
amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang
berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu
lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti
membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan
riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah
berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. maka
berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka
juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka
ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam
suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan
belemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman
dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh
memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.



Wahai manusia, dengarlah bersunggah-sungguh kata-kataku ini, sembahlah
Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan
Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah
Ibadah Haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah
saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang
lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk
dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh
itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran
selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang
akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai
manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku
sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua
perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya. nescaya kamu
tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada
orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka
yang terus mendengar dariku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan.

Sunday, November 22, 2009

Kelebihan 10 Zulhijjah

بسم الله الرحمن الرحيم




فَإِذَا قَضَيْتُمْ مَنَاسِكَكُمْ فَاذْكُرُوا اللَّهَ كَذِكْرِكُمْ آبَاءَكُمْ أَوْ أَشَدَّ ذِكْرًا فَمِنْ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاقٍ)200)


200. Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan Ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan Dengan sebutan Yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia Yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! berilah Kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat. (Al-Baqarah)


{وَإِذْ بَوَّأْنَا لإِبْرَاهِيمَ مَكَانَ الْبَيْتِ أَنْ لا تُشْرِكْ بِي شَيْئًا وَطَهِّرْ بَيْتِي لِلطَّائِفِينَ وَالْقَائِمِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ(26)وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالاً وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ(27)لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الأَنْعَامِ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ(28)ثُمَّ لِيَقْضُوا تَفَثَهُمْ وَلْيُوفُوا نُذُورَهُمْ وَلْيَطَّوَّفُوا بِالْبَيْتِ الْعَتِيقِ(29)}.

27. "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan Ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu Dengan berjalan kaki, dan Dengan menunggang berjenis-jenis unta Yang kurus Yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) Yang jauh.
28. "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara Yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari Yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka Dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); Dengan Yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang Yang susah, Yang fakir miskin.
29. "Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) Yang tua sejarahnya itu".
(Al-Hajj)


Assalamualaikum wbt..
Kita berada Di 10 hari-hari permulaan Zulhijjah, marilah kita kita di 10 hari-hari ini kita sama-sama banyakkan ibadat, beristirfar dan dan banyak-banyakkan memuji Allah s.w.t .Sesungguhnya kita sebagai hamba tidak lari dari melakukan kesilapan.
Ingatlah sesungguhnya Umat ini dikurniakan umur yang pendek berbanding dengan umat-umat yang terdahulu. Sebagaimana Sabda Nabi s.a.w :

"اعمار أمتى ما بين الستين والسبعين"


Maksudnya : Umur umatku diantara 60 hingga 70 tahun.

Tetapi Allah s.w.t Maha Pengasihnya lagi Maha MuliaNya memberikan kelebihan kepada umat ini dengan menjadikan kebanyakan daripada amal-amal yang soleh yang dilakukan oleh umat ini seperti dikurniakan umur yang panjang.

Maka di waktu yang mulia lagi berkat ini 10 hari permulaan Zulhijjah seperti mana firmanNya :



{وَالْفَجْرِ(1)وَلَيَالٍ عَشْرٍ(2)

1. Demi waktu fajar;
2. Dan malam Yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);

Kata Ibnu Kathir rahimahullah yang dimaksudkan di sini ialah sepuluh permulaan Zulhijjah.
Dan Pendapat ini yang paling rajah (tepat). Inilah pendapat jumhur Ulama`, iaitu yang diriwayatkan dari Marwi daripada Ibnu Abbas. Dan dikatakan juga sepuluh akhir Ramadhan kerana terdapat Malam Al-Qadar (Lailatul Qadar) iaitu riwayat daripada Ibnu Abbas juga tetapi pendapat yang pertama lebih tepat.

Firman Allah s.w.t :

وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ(28)

28. " dan menyebut nama Allah, pada hari-hari Yang tertentu, (Surah Al-Hajj)

Ibnu Abbas berkata : iaitu hari yang kesepuluh.

Dan sabda Nabi s.a.w , :

عن ابن عباس رضى الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ما من أيام أفضل من هذه العشر "قالوا : ولا الجهاد ؟ قال : ولا الجهاد إلا رجل يخاطر بنفسه وماله فلم يرجع بشئ". رواه البخارى


Maksudnya:

Daripada Ibnu Abbas r.a : Sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda : Tiadalah hari yang paling banyak kelebihan daripada sepuluh hari ini. Beliau bertanya : sekalipun jihad?? Baginda bersabda : Sekalipun Jihad, kecuali seorang lelaki yang keluar membahayakan dirinya (berperang) dan bersamanya hartanya dan tidak pulang tanpa sesuatu. (Syahid)

Ibnu Hajar Al`Asqalani berkata : Sesungguhnya sebab banyaknya kelebihan di sepuluh Zulhijjah ini kerana : Terhimpun padanya segala ibu ibadat, iaitu Sembahyang, Puasa, Sedekah dan Ibadah Haji yang tidak terhimpun selain daripada hari-hari ini.


Dan digalakkan banyak menunaikan amalan soleh di sepuluh hari-hari ini kerana padanya terdapat banyak keberkatan dalam menuju ketaqwaan. Seperti Firman Allah s.w.t :




ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ(32)


32. Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa Yang menghormati syiar-syiar ugama Allah maka (Dia lah orang Yang bertaqwa) kerana Sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.


Apakah amalan yang disunatkan di sepuluh hari-hari ini??

1. Membanyakkan amalan yang soleh yang umum.
Seperti membanyakkan bacaan Al-Quran, bersedekah, menyuruh kepada melakukan kebaikan dan mencegah perkara-perkara yang mungkar.

2.Sembahyang.
Digalakkan bersegera untuk menunaikan sembahyang ketika masuknya waktu (di awal waktu) terutamanya menunaikannya di saf yang pertama dan membanyakkan solat sunat.

3.Berpuasa.
Kerana ianya termasuk di dalam amalan-amalan yang soleh.

4.Bertakbir, Bertahlil dan Bertahmid.
Kerana Nabi Bersabda :
Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a : Banyakkanlah padanya bertasbih, tahlil dan tahmid (membesarkan , memuji , memuliakan).

5. Berpuasa di Hari `Arafah.
Disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan ibadah Haji berpuasa ketika Jemaah Haji wukuf di padang `Arafah.



Tuesday, November 10, 2009

.:: Hari ini dan Semalam ::.

Cinta hadir tanpa ku sedar akan adanya ia...

erti cinta hanya ku kenal setelah adanya dia...

namun....

cinta yang di fikirkan hingga ke hujung nyawa di noda dengan keegoan diri masing-masing....

cinta suciku diakhiri dengan putus kasih yang tidak direlakan...

walau diriku manyayanginya namun aku redha dengan kehendak ilahi dan jodohnya dengan sesiapapun...

tetapi perasaan sayang tetap ada dihati ini...

namun bukan untuk dirinya lagi...

ianya hanya untuk bakal-bakal puteri hatiku akan datang...

cinta yang tulus nan setia ini hanya untuk bidadari yang sudi mencurah kasih dan cinta yang ikhlas...

cinta yang utuh serta mampu membelah badai dan bah yang melanda di pertengahan perjalanan...


Thanks for All...
"Aku seorang musafir yang jauh...
Yang hampir menuju kepadaNya Yang Maha Esa (Ajal)...."

Wednesday, November 4, 2009

.:: Akhlak ::.

Assalamualaikum wbt....
Sudah lama ku xmnjenguk blog, utk update...
Sorilh kpd sahabat2 mu`tah, sebenarnya blog ni xdelah utk dikormesialkan or utk mndapat nama,cume ku ingin menceritakan tntang seorang diri yg bernama manusia yg trcungap2 diantara jalan yg lurus dan jalan yg brliku...

Dan sebenarnya sy xnk kwn2 mu`tah thu kewujudan blog ini, krn bkn ade ape2 pn, tpi ianya tlah dikormesialkan or dipopularkan oleh seorang kwn sy (bilik sebelah sy) yg namanya brmula huruf 'I' akhirnya 'T' kpd kamu semua, so skarang ni, klau kamu nk komen, komen lh, cme jgnlah truk sgt, komen yg mmbina...

Pada hari ni, sy cume nk nukilkan stu Ilmu yg berkaitan Akhlak....

1. Akhlak Islam tetap.
2. Akhlak Islam Syumul (Meliputi setiap aspek).
3. Akhlak Islam dapat diaplikasi dalam setiap urusan hidup.
4. Akhlak Islam adalah Akhlak yang mesti, iaitu wajib diamalkan setiap masa.

Huraiannya...
Akhlak Islam dibina diatas dasar akidak ianya juga xberubah dari dari permulaan diutuskan rasul sehingga kiamat,maksud xberubah ialah segi prinsip, cthnya : Adil, Amanah, N sebagainya...
Kita mesti berlaku adil kepada setiap manusia tidak kira samada Islam atau Kafir, kerana itu hak manusia..
Kita juga dilarang mencaci, mengumpat, atau mengeji sesama manusia. Kerana perbuatan tersebut sama seperti memakan bangkai saudara sendiri, adakah kamu suka??
Dan byak lah lagi Islam menjaga Akhlak manusia supaya menjadi Manusia yang berjaya di dunia dan Akhirat...
Islam For All..

""Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Baihaqi, Rasulullah bersabda : Akhlak yang baik dapat menghapuskan kesalahan, bagaikan air yang menghancurkan tanah yang keras. Dan akhlak yang jahat pun boleh merosakkan amal, seperti cuka merosakkan manisnya madu. Nabi Muhammad bersabda bermaksud: Sesungguhnya aku diutus sebagai penyempurna akhlak yang mulia (Hadis riwayat Ahmad)''

Friday, October 23, 2009

.::Di persimpangan Padang Pasir::.

Assalamualaikum wbt..
Sori lh kpd semua, sudah lama aku xpost..
Oklah, hari ni aku post yang special untuk kamu semua, kalau kamu baca, tentu akan dapat semangat daripada kata-kata ini..
Khususnya buat sape2 yg sedang blajar di oversea, khusus lg yg dekat padang pasir...
tentu banyak cabaran dan dugaan kn???
So bace ni Ikhlas aku mintak daripada sahabatku iaitu Ust Ridhwan bin Mohd Khalid yang juga pakar motivasi... Syukran kepadanya...


"Hela Nafas Padang Pasir...
Debu Bersarang Di Sangkar paru - paru..
Unjang Semangat Kian Suram..
Langkah kaki kian longlai...
Jiwa Rapuh hati keluh...
Zahirku semakin lemah...
Rohaniku semakin lelah...

Namun jihadku takkan kalah...
Kerna terbentang maksud dan ghayah...
Hadirku menagih ilmu mencari hikmah...
Buat bekalan menjadi pejuang ummah di bumi Allah...

Thanks...

Thursday, October 22, 2009

Adikku Bernama Maryam Jamilah...




Assalamualaikum wbt...
Sori lh semua, sudah lame ku tak post yang bru...
Semalam ketika ku pulang dari Universiti,
ku ternampak seorang budak arab menangis,
Ke dengar tangisan seorang budak, teringat ku ketika keberadaanku di Malaysia,
Lalu ku teringat adikku yang bongsu yg berada di Malaysia,
Namanya Maryam Jamilah,
Adakah bila ku pulang nanti, adakah keadaanya sama seperti hari ini??

Ingat, dahulunya kita benci sekali mendengar tangisan seoarang kanak2…

Tapi bila kita terlalu lama tida mendengarnya kte akan merinduinya…

Betul lah pepatah melayu ada mengatakan,

"" JAUH DIMATA TAPI DEKAT DI HATI""

Dahulunya sungguh aku benci dan geram mendengar tangisan seorang bayi or budak kecil,

tapi kini, keberadaanku disini untuk mendengar tangisan seorang bayi or budak kecil begitu sukar sekali, mungkin kerana aku tak tinggal bersama family arab kot, tapi susah lah...

Begitulah adat di dunia ini, Kalau kita hampir dengan sesuatu, tak kiralah Parents or kekasih ke atau apa-apa jelah kita mesti hargainya,

Ingatlah pertemuan kita yang terakhir kita dengannya,

Kerana boleh jadi itulah pertemuan yang terakhir kita dengannya dalam hidup kita…

Jutaan ucapan "Terima Kasihku kepada Kedua ibubapa, adik-adikku, guru-guru, lecture ku, kawan-kawanku dan lastnya sepupuku, seluruh yang mengenali diri ini, kerana dengan kamu semua lah diri ini mengenali erti dan makna sebuah kehidupan…

I love U All….

Tata n Take Care..

..('',)..

Tuesday, October 13, 2009

Gambar Adik ku... Masyitah...


Aku ada adik, tpi gambar2 yg lepas xde gambar dia...
So skarang aku masukkan gambar dia...

Tuesday, October 6, 2009

Iqamah ( visa pelajar )

Assalamualaikum wbt...
Aku nk bercerita lh, geram btul aku, aku dah tanye banyak kali kepada 2 org ( nama dn alamat dirahsiakan) coz taku malu dia je,
aku bagitahu, tanya, bila nk buat,
Dua orang ni cakap rileks, Nanti ada orang akan buatkan,
tiba2 hari ni org rumah aku marah aku,
cakap orang salah kat dia, sebab tak bagitahu dan tak sampai maklumat....
Cakap sampai dia tak masuk kelas cari aku, marah2 aku...
Orang rumah aku pun satu, apesal yang bodoh sangat tak pi masuk kelas, aku pun ada kelas, dah lah aku budak baru, yang gaduh2 sangat pasal ape?? Terhegeh2...
Kita dalam dunia ni, kena buat kerja dalam keadaan bertenang baru aman dunia, kerja pun ok...
Ni kn harap belajar je tinggi, tpi wat kerja macam budak2...
Aku saje je nk ajar kt korang yang bace page aku lh....
Nk terima bleh n xnk terima pun boleh...
Sje lepas geram ckit, dhlah aku xde kawan n jauh dari family...
so cara ni jelah aku bleh lepas perasaan...
k, Tata...
Assalamualaikum wbt..
..('',)..

Saturday, October 3, 2009

Sudah Hampir Seminggu

Assalamualaikum wbt...
Sudah hampir seminggu keberadaan ku di sini ( Jordan ),
Berbagai perasaan bercampur baur,
Sedih ada, Kecewa ada, Gembira ada, semangat pn ada..

Sedih ..
Bila ku teringatkan mcm mane nk meninggalkan kedua ibubapa yang tersayang,
Bila kt airportnye, masa naik flight nye n masa sampai...
tapi ku tahan kerana ku ada misi n visi yg besar pada agama,
So ku xmenangis di hadapan diaorg, nangis jgak mse tgah org tidur lh, dlm flight tapi kejap je...
Coz buat ape nangis banyak2 kte mesti cintakan Allah lebih dari segalanya,
Kerana aku datang sini Kerana Allah, untuk menuntut Ilmu Agama n InsyaAllah akan ku ajarkan kepada Anak watan ku...

Ku Kecewa berada di sini,
Dengan sikap arab..
Hari pertama, selepas siap2 barang ku pun turun untuk solat Magrhib,
selepas solat ku pn turun lh, menuju ke deretan kedai yang berada di sini,
Ketika sedang ku dan seorang kawanku melalui rumah2 pnduduk di sini,
aku telah dilontarkan dengan batu2 ( besar lh jugak ) oleh anak2 arab,
dan sebiji mengena aku, geramnye xterkira lh,
tpi kawan ku nasihat, biarkan jelah, jangan ikutkan hati dan jangan balas,
kerana diaorang ramai dan kita tinggal di negeri orang,
pembelaan pun kurang, mak dan ayah pun jauh...
dan kawan ku pun cerita lah yang ada satu kisah, yang budak melayu yang ditago ( dilontarkan) oleh sebiji batu, dia pun geram balas lah dengan batu besar,
Lontarannya kena tepat di kepala ( parah ) budak tu ( budak arab),
dan budak tu pn cedera kt kepala , duduk kt ICU 10 hari,
Selepas tu seluruh penduduk cari budak melayu ni, sampai seluruh Jordan,
budak melayu tu pun balik malaysia, ( xsempat berjumpa lh dengan orang arab ),
dan xberani2 lagi untuk menjejakkan di Negara ini, ( Jordan ),
Kalau balik sini, siap budak melayu tu kena tibai ( pukul )..
Moral of the story, bersabar dab banyak2kan bersabar tinggal di negeri orang...

Gembira....
Sebab dapat bertemu rakan2 yang baru, dan ku dapat pengalaman yang baru...
Dan ku gembira sebab dapat melanjutkan pelajaranku ke peringkat Universiti...

Semangat...
Ku makin bersemangat berada di sini untuk belajar,
Yang pertama kerana Allah s.w.t dan demi RasulNya Muhammad s.a.w,
dan ku bersemangat untuk mengajar , mendidik dan berdakwah kepada peduduk tanah airku..

k. lh disini ku upload gambar2 semasa ku hendak menaiki kapal terbang dan semasa ku sampai di sini ( Jordan )...


Cuba teka kt mana aku ni??


Masa kt KLIA.....


Adik2 ku, cozen pn ada, puas diaorang menunggu Flight...


Adik kecil aku buas sungguh lh, lewat2 malam pn still aktive, asyik main je...


Gambar masa mula2 keluar airport Jordan....

Gambar ini diambil, Masa mula sampai kt Jordan...


Kapal Terbang aku naik "Kuwait Airways"


Adik2 Kecilku Muttaqi, Maryam Tohirah dan Maryam Jamilah...


Dengar Ngaji Quran, bukan dengar lagu...


Kenanganku 29 sept 2009...


Gambar masa Orang Tengah Tidur...


Tengah Tunggu Kapal Terbang pukul 3 pagi...


Gambar bersama Kedua ibubapa yang Tersayang...


Adik2 bersama cozen...


Kesian2 kt diaorang, lama betul diaorang Tunggu aku untuk naik Flight....

K.tata...

Thursday, October 1, 2009

Mutah Universiti

1 sept 2009, hari khamis,
Hari ni, Hari pertama aku menjejakkan kaki untuk masuk kuliyyah,
tpi bila ku sampai sorang pn xde, lecture pn xde....
Puas ku menunggu, lalu ku tanya le kpd student lama,
diaorg pn cakap, lau 15 minit lecture xdtg maknenye xde kelas lh tu....

Ketika ku ingin pulang ke umah, dari jami`ah, ku hampir trtipu oleh pak arab,
dhlh aku naik sorang2, aku beri satu dinar (5 ringgit lh),
pastu aku pn trus jelah, sampai kt kwsn umah aku pn speaking lh dgn pak arab tu,
nasib baik dia faham...

Hari ini Hari jadi Ex makwe lh,
Selamat Hari lahir kpd Hifariyati,
Smoga dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki...
Aamien...
Makwe no 3,'c0z 1 dn 2 dh tinggalkn aku,
skarang still single...

k.lh aku chow dlu, hari ni...
Nk solat asar plak...

Wednesday, September 30, 2009

Exam KaFaAh...

Hari ni Alhamdulillah, lulus pn aku BI n Computer,
B.Arab xthu lg, Coz comp Universiti de poblem....

Tuesday, September 29, 2009

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt....
Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan yg menjalankn aku utk mencari ilmu dn Pngalaman yg juga kedua2Nya adalah utk mencari Pahala....
Walaupn Sedih, tpi demi agama ku hilangkan kesedihan itu dn jadikan ia sebagai pembakar smangat...
Hari ni Hari Pertama Ku Duk Di Jordan dn Jugak hari inilah ku lancarkan blog ini...
Dgn Lafaz بسم الله الرحمن الرحيم sy lancarkan blog in pada 29 sept 2009, hari Khamis..
Mudah2an kte sama2 mndapat kbaikan Daripada ini...
Tata....
..('',)..