Wednesday, December 1, 2010

Ahli Fitrah

Assalamualaikum wbt..
Sambil mentelaah buku-buku pengajian,
Teringat kata Dr Amin Butush (Bekas Mufti Karak , Jordan) mengatakan bahawa tidak ada sebenarnya Ahli Fitrah ini.
Beliau masih dalam kajian.
Setelah aku mengulangkaji sebuah buku yang bertajuk "Principles Of Psychology" ku temui satu tajuk "جين الايمان" atau "The God Gene" satu kajian yang di buat oleh saintis amerika Dr. Dean Hamer , beliau mengatakan bahawa GEN ini sebenarnya satu GEN atau DNA yang mengajak atau menyeru manusia menyembah Allah Azza Wajal.
didatangkan di sini banyak dalil-dalil.

InsyaAllah akan disiapkan dalam masa yang terdekat
Sebenarnya aku malam exam ni.
ok.
Sekian di sini dulu.
From : prince Izudin
1/12/2010

Sambungan : 15/12/2010
Sebenarnya di dalam Al-Quran Allah s.w.t Berfirman :

وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولاً(15)

Surah Al-Isra ayat 15 :

Maksudnya : dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan Yang benar dan Yang salah).

Thursday, October 28, 2010

Selamat Datang Musim Sejuk kali Kedua

Assalamualaikum wbt..

Gambar Salji Tahun Lepas

I`m back..

sebenarnya bukan aku malas nak update blog ni..
tapi selalu je , aku tak dapat nak bahagi masa nak update..
Mungkin itu alasan , or realiti yang aku hadapi..
Ape-ape pun اهلا وسهلا to budak-budak baru ke Universiti Mu`tah , Jordan..
Tua ke Muda ke , baru datang , so jadi Junior lah..
InsyaAllah akan aku usaha nak update selepas-selepas ini yer..
huhu..
Yang Benar ..
Prince Izudin..
29/10/2010

Saturday, June 12, 2010

.:: Tazkirah Untuk Diri Di Keheningan Malam ::.



Assalamualaikum wbt..
Apa Khabar semua??
Sudah sekian aku menyepi , dan aku tinggalkan blog ini bersawang di web..
Aku Cuba menyelami hakikat hidup , sebenarnya banyak perkara yang aku tidak mengerti , sungguh jahil diriku ini.

Aku cuba dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong kejahilan , dan kehinaan , semakin lama aku hidup semakin aku berfikir , bagaimana keadaan aku.
Sebenarnya Aku banyak terpesong dari kehidupan seorang hamba yang taat dan patuh segala perintahNYA.
Aku ketika di uji , kadang-kadang aku tidak memahami hakikat sebaliknya , kadang-kadang aku merasa kecewa dan dukacita , kenapalah ditimpakan kepada aku ujian yang sebagini berat.
Setelah lama-kelamaan , bila aku melihat ujian yang ditimpakan kepada sahabat-sahabat aku lebih berat daripada aku , barulah aku mengerti , sebenarnya Allah s.w.t ingin menguji diri aku ini , adakah aku termasuk di kalangan orang-orang yang beriman atau dikalangan orang-orang derhaka.
Lalu aku kuatkan semangat , sebenarnya bukan aku sahaja yang diuji , aku mesti buatkan satu garis panduan , atau kata-kata peransang untuk diri.
Silakanlah teliti.
Ingatkan dirimu akan syurga yang luasnya langit dan bumi.

Apabila Anda lapar dinegeri ini, atau fakir, sedih, sakit, terampas hakmu, atau merasakan kezaliman, maka ingatkan diri Anda akan kenikmatan, kesukaan, kesenangan, kebahagian dan keabdian di Syurga penuh kenikmatan.

Apabila Anda meyakini AQIDAH ini dan berbuat untuk tujuan ini, maka berbagai kerugianmu akan berubah menjadi keuntungan, dan berbagai musibahmu menjadi anugerah. Orang yang paling cerdas adalah orang yang beramal untuk akhirat. Sedangkan orang yang paling bodoh adalah orang yang melihat bahawa dunia ini adalah negeri, tempat menetap, dan puncak tujuan mereka. Kerana itu Anda mendapati mereka orang yang paling takut menghadapi musibah, dan paling besar penyesalannya terhadap berbagai bencana, kerana mereka tidak melihat selain kehidupan mereka yang hina. Mereka tidak melihat selain dunia yang fana ini. Mereka tidak berfikir selainnya dan tidak berbuat untuk selainnya. Mereka tidak ingin kesenangan dan kebahagiaan mereka terganggu.

Seandainya mereka membersihkan karat yang menutupi hati mereka, dan tabir kebodohan yang menutupi mata mereka, nescaya mereka menyeru jiwa mereka untuk menggapai negeri keabdian, kenikmatannya, rumah-rumahnya dan istana-istananya. Dan pasti mereka mendengar perintah wahyu yang menggambarkan syurga. Demi Allah, itulah negeri yang berhak diperhatikan dan diperjuangkan.

Apakah kita pernah merenung lama tentang gambaran penghuni syurga bahawa mereka tidak sakit, tidak sedih, tidak mati, tidak hilang masa muda mereka, tidak usang pakaian mereka, di bilik-bilik yang bahagian luarnya tampak dari dalam dan bahagian dalamnya tampak dari luar ? Di dalam syurga terdapat apa yang tidak pernah terlihat mata, tidak pernah terdengar telinga, dan tidak terdetik di hati manusia. Seorang pengembara berjalan di naungan salah satu pohonya selama seratus tahun tanpa boleh mencapai hujunnya.

Panjang tenda di dalam syurga enam puluh mil. Sungai-sungainya tidak berhenti mengalir, istana-istananya menjulang tinggi, buah-buahnya sangat dekat, mata airnya memancar, tempat tidurnya ditinggikan, cawan-cawanya diletakkan sangat dekat, bantal-bantal sandaranya tersusun rapi, bidadari-bidadari yang bebas dari haidh, nifas dan sebagainya, dan permaidani-permaidaninya terhampar. Lengkap kesenangannya, dan sangat besar kebahagiaannya. Itulah puncak tujuan. Mengapa akal kita tidak berfikir dan mengapa kita tidak merenung ?

Apabila tujuan akhirnya adalah negeri ini, maka hendaklah segala musibah yang menimpa menjadi ringan, dan hati orang yang susah menjadi senang.

Wahai orang yang dirundang kefakiran, dan yang ditimpa musibah, lakukanlah amal salih agar kalian menghuni Syurga Allah swt dan berada disisinya.

Firman Allah swt :

سَلاَمٌ عَلَيْكُمْ بِمَا صَبَرْتُمْ فَنِعْمَ عُقْبَى الدَّارِ

( Sambil mengucapkan ) : "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, ( keselamatan menyertai berkat kesabaranmu ) disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya tempat kesudahan itu. (Ar-R'ad 24)

اللهم اغفر لنا خطيئاتنا، وجهلنا، وإسرافنا في أمرنا
اللهم إنا نسألك رضاك والجنة ونعوذ بك من سخطك والنار

Yang Hina lagi Dhaif :-
..(Prince Izudin)..

Tuesday, June 8, 2010

.:: Palestin : Nukilan dan Coretan Kesedaran ::.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt..

Bersempena bantahan seluruh dunia terhadap Israel yg menentang misi kemanusiaan dan merampas kapal yang membawa bantuan kemanusiaan (Maa`vi Marmara dan Rachel Corrie Ireland) ku ingin coretkan sedikit tatapan dan renungan , mudah-mudahan kita tidak termasuk dari kalangan yang kurang imannya , sebagaimana sabda Nabi s.a.w :

لا يؤمن احدكم حتى يحب لاخيه ما يحب لنفسه

Maksudnya : Tidak beriman seseorang kamu , sehingga dia mengasihi saudaranya , seperti dia mengasihi dirinya sendiri.

Hari demi hari berlalu tetapi peristiwa hitam kekejaman manusia yang bernama zionis bagai meninggalkan kesan yang dalam dijiwa masyarakat di seluruh dunia, bagi sesiapa yang merasai kesengsaraan akibat kekejaman zionis pasti akan menjadi satu sejarah gelap dalam hidup mereka, namun kita bagaimana??

Protes makin rancak berlarutan diseluruh dunia, laungan demi laungan masih riuh kedengaran disaluran-saluran utama atau dihalaman utama akhbar dan sebagainya dan kita juga tidak turut ketinggalan mengukuti perkembangan yang sama dan terus menyokong bantahan terhadap kerajaan israel.

Dalam masa yang sama kita masih duduk ditempat-tempat perniagaan yang hasilnya milik israel!!
Kita masih membeli barang-barang dari Israel!!
Dimanakah tanda sokongan kita kepada palestine!!
Dimanakah posisi kita ketika melaungkan "Free Gaza!!" bantahan!! Kita dihaluan mana??

Hayati Lagu ini :




Aku bukanlah seorang yang tangkas dalam mengalas senjata , bukan juga seorang yang tangkas bermain pedang , bukan juga seorang yang lantang besuara , bukan juga seorang yg kreatif dan kreatis dalam menulis , bukan juga seorang yang pintar dan pantas dalam pelajaran dan pengajaran , meskipun aku dalam kelemahan dari segenap aspek , namun aku tidak redha dan tidak rela bumi palestin , kiblat pertama umat islam terus menerus jatuh ketangan israel zionis la`natullahu alaihim , atas kesedaran tadilah aku nukilkan sedikit coretan yang mungkin dapat aku membantu palestin dengan sekadar yang termampu.

للهم عليك باليهود والامريكي ، وعليك بالجبهة الوطنية الماليزية

Hamba Allah yang dhaif :
..(Prince Izudin)..

Saturday, March 27, 2010

.:: Sunyi dan Sepi ::. Briged Jeneral Ahmad Faiz Fakruddin Bin Yusof




Sunyi dan Sepi me alone.

Assalamualaikum wbt...
Sudah lama tidak ku tekan butang-butang di keyboard ini , sejak semenjak dua menjak ini banyak perkara yang berubah ,rindu dan banyak perkara yang ingin yang tersirat di dalam hati ini , ingin sekali diluahkan , tetapi banyak lagi perkara yang penting untuk dilakukan , jadi aku tunaikan kewajipan yang mesti aku tunaikan dahulu ,

Kenangan Di Rumah Ust. Sulaiman

Alhamdulillah , di hujung minggu ini ku berkesempatan untuk aku luahkan isi hati ini.

Walaupun segarang mana pun seseorang itu , sebengis mana pun seseorang itu , namun dia tetap insan , insan tetap insan , tetap ada perasaan suka dan duka di dalam hati.

Aku seorang lelaki tidak patut menangis , tetapi apakah daya jika seseorang itu terlalu baik dengan kita , ikhlas dengan kita , berkawan tanpa mengharap sebarang balasan , tiba-tiba pergi , dan sukar sekali untuk bertemunya lagi ,banyak pengalaman dan kenangan manis , tentu mengalir mutiara suci di pipi.

Di sini inginku ceritakan kisah seorang sahabat yang baik dengan aku , namanya Briged Jeneral Ahmad Faiz , Walaupun , ramai yang memandang rendah or mengutuknya , tetapi tetap aku respect dirinya. Dia seorang yang mempunyai hati yang luhur dan Ikhlas.

Walaupun ramai ahli rumahku , tetapi dialah yang paling prihatin tentang keadaan rumah ini , walaupun singkat pertemuan , tetapi banyak kenangan manis bersama.

Dahulu datangnya aku sebagai seorang yang asing , langsung tidak mengenali selok-belok Negara Jordan , tetapi selepas mengenalinya boleh dikatakan hampir seluruh tempat yang menarik telah ku jelajahi di Jordan ini.

Teringat Sepatah pesanan daripada adindaku :-

“Jangan Adakan Pertemuan Jika Tidak Mahu Adanya Perpisahan”

So berpisah dan bertemu adat berkawan , Hayati dan Hargai kawan kita selagi kita masih melakukannya , kerana mungkin di suatu hari , apabila kita bangkit daripada tidur kita mendengar berita pemergiaannya di saat itu menangis air mata darah sekalipun belum tentu boleh mngejutkannya kembali.

Satu pesanan Briged Jeneral Ahmad Faiz Fakruddin Bin Yusof :-

Sentiasalah bersabar setiap masa , kerana bersabar itu manis dan manisnya tidak kita akan ketahui , kecualilah di saat pemergiaan kita.

Pesanan ini memang aku lihat beliau sentiasa mengamalkannya, hatta sekalipun aku tidak tahan dengan perangai arab di jalan raya ketika memandu , tetapi beliau sentiasa sabar dan tabah , bahkan memandu dengan berhemah di jalan raya.

Akhirnya , Aku doakan Semoga sahabatku ini sentiasa Berjaya dalam menempuh dugaan hidup yang mendatang dan Berjaya di Akhirat. Aamien.


Berbual-Bual Mesra Sebelum Pulang



Sebelum Bertolak Pulang Ke Malaysia di Lapangan Terbang


Ahli Rumahku

Menikmati "Qahwah Arabi" Kopi Arab Yang terakhir Bersama Faiz.


2 Teman yang paling Akrab denganku dalam Menjelajahi Bumi Jordan ini.



Cuba Teka Aku dan Ulama` Din Berada di mana?? Adakah di United Kingdom??

Perjalanan Yang Terakhir.


Good Luck Faiz.

Yang Ikhlas.

-Prince Iz-

11 Rabiul Akhir 1431 H
27 Mac 2010

Friday, March 26, 2010

-KAHWIN- Unit Amanah Mu`tah Pro & Contra

Assalamualaikum wbt..
Sudah lama blog ini tidak aku update blog ini..
Alhamdulillah di hujung minggu yang berbahagia ini dapat aku menulis, bukan sahaja pedoman untuk diri , tetapi nasihat dan renungan untuk sahabat-sahabat.



-KAHWIN-
Satu perkataan yang mudah dan ringkas disebut pada mulut , namun hakikatnya tidak semudah yang dibayangkan. Apatah lagi kahwin diusia muda atau lebih sinonim lagi dengan "Kahwin Awal". Fenomena ini sering kali melanda pelajar-pelajar , mungkin persekitaran yang mencengkam jiwa-jiwa remaja ini.
Banyak Pro & Contra nya kahwin awal. Jikalau kita sudah cukup bersedia , dari sudut fizikal dan mental ianya sesuatu yang bagus , tetapi jikalau cukup-cukup makan je , lebih baik berfikir dua kali terlebih dahulu. Perkahwinan bukanlah satu permainan , bukan hanya untuk santapan nafsu , tapi ianya adalah sunnah Rasulullah S.A.W. Di dalamnya terkandung segala hikmah yang tidak terhitung dan terbayang oleh kita yang masih single.

Mengapa dan Kenapa Perkahwinan di Usia Muda Selalunya Di Halang??

Inilah antara persoalan utama yang menjadi titik punca.

1.Pandangan Seorang Ayah:-
Selalunya dalam hal perkahwinan anak-anak mereka , mereka sangat ringkas dan tidak banyak kerenah. Jikalau ada sekalipun , ianya mungkin hanya hanya berkaitan tentang siapakah calonnya , berkenan atau tidak , dan selalunya apa yang menjadi pilihan si anak , si ayah akan bersetuju. Apa yang dirasakan oleh si ayah , adalah mungkin sudah sampai masanya si anak belajar untuk membina keluarga sendiri.

2.Pandangan Seorang Ibu :-
Apabila dia menyatakan ketidak setujuannya , pasti ada sesuatu yang tersimpul di sebalik itu. Seorang ibu , apabila menolak permintaan anaknya untuk mendirikan rumah tangga , dia tahu bahawa anaknya belum tiba masa lagi untuk diteruskan hajatnya.

Ketika ini , apa yang bermain difikirannya , apakah anakku ini boleh menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab??
Mungkin soalan ini timbuk kerana , dia akan menbandingkan sikap suaminya (ayah kita) dengan sikap kita. Jika dia tidak bersetuju , pasti ada yang kurang pada diri kita yang menyebabkan kurangnya keyakinan dia untuk bersetuju dengan hasrat kita.

Antaranya mungkin :-
1.Selepas subuh , tarik selimut kembali.
2.Selepas makan , letak pinggan di dalam sinki sahaja , mengharapkan ada orang tolong basuhkan.
3.baju-baju kotor dibiarkan sahaja bersepah tanpa inisiatif untuk basuh.
4. Dan lain-lain lagilah.

Jika inilah sikap kita di rumah , bagaimanakah seorang ibu mahu membenarkan anaknya untuk mendirikan rumah tangga jika dirinya tidak ada sifat bertanggungjawab sekurang-kurangnya pada diri sendiri, inikan pula bila sudah berumah tangga.

Sikap yang ada ini perlulah diubah dalam memberikan keyakinan si ibu bahawa anaknya sudah kenal erti tanggungjawab.

Masa berlalu , hubungan telah direstu , hati bersatu , akad menjadi penentu.
Jika perkahwinan itu atas dasar cinta , semailah cinta itu. Cinta adalah permainan hati dan wujud di dalam hati.
: Jika perkahwinan itu dibina atas agama , maka dengan agama perkahwinan itu InsyaAllah tidak akan terlepas dari kita sehingga ke syurga kelak.

Setiap hari seseorang itu perlukan agama tetapi adakah kita berfikir , di samping itu ada tanggungjawab yang perlu dipikul dalam satu masa?
Dugaannya tidak dapat tergambar kelak?
Tepuk dada tanyalah iman.

وفي البخاري ومسلم من حديث أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "تنكح المرأة لأربع، لمالها ولحسبها ولجمالها ولدينها فاظفر بذات الدين تربت يداك

Daripada Abu Hurairah r.a katanya : Sabda Rasulullah S.A.W : Dikahwini Perempuan itu kerana empat perkara , Kerana Hartanya , Keturunanya , Kecantikan yang ada pada dirinya dan Kerana Agamanya. Maka Pilihlah yang berpengang kepada agama maka ringan kerja kamu.



Ditujukan Khas Buat Sahabat-Sahabat di Mu`tah dan BBR Permata Jordan.

Sekian, Prince Iz.
10 RabiulAkhir 1431 H
26 Mac 2010

Tuesday, February 16, 2010

.:: PERGINYA MEREKA YANG SUKAR DICARI GANTI ::.


Gambar Kenanangan House Mate Batu Buruk



Wida` yang terakhir bagi pelajar yang tidak pergi ke Lapangan Terbang

Assalamualaikum wbt..

PERGINYA MEREKA YANG SUKAR DICARI GANTI

14 FEB 2010 –

Pagi itu dalam perjalanan ke Mathor ( Lapangan Terbang ) Merupakan perjalanan yang sungguh bermakna keberadaanku di Jordan. Ku mengerti ini bukanlah perjalanan yang biasa , kerana ia merupakan perjalanan menghantar 2 housemate (teman serumah) aku balik ke Malaysia dan belum tentu akan pulang lagi kerana mereka sudah pun digelar graduate (Ijazah Sarjana Muda).


Dalam perjalanan itu aku bersama 3 orang teman serumahku menaiki van , Aku , Syafiq , Fakhruddin dan Ifwat suasana sungguh suram sunyi dan menyedihkan , walaupun muka masih maintain tapi ku tahu di sebalik hati menangis , semua bagaikan kelu untuk bertutur . Tapi gagahi dengan control macho sebagai orang lelaki.

Jika difikirkan aku baru satu semester bersama mereka , tetapi mungkin kerana mereka yang first aku berkenalan , makan minum bersama , pergi menjelajah bersama-sama , menuntut ilmu dengan mereka di Jordan menyebabkan terasa seperti satu keluarga , betul lah pepatah mengatakan “air dicincang tiada putus” walaupun kadang-kadang mereka menyakitkan hati dan bertelagah pendapat tapi di saat itu hilang dan suasana sayang kepada mereka kerana mereka tempat suka-duka bersama.

Begitulah teman serumah bagaikan sebuah keluarga , memanglah dalam hidup serumah pelbagai masalah yang timbul tapi ianya jika difikirkan sebagai penyeri dan warna-warni kehidupan, pelbagai nasihat yang aku dan Syafiq terima dan aku masih meminta nasihat terakhir.

Dan yang paling telus dan ikhlas aku terima ialah :

1. Belajarlah Rajin-rajin balik nanti jadi ustaz , ingat pesan mak ayah. (Fakhruddin)

2. Jika kita cinta perempuan ianya nafsu , nafsu akan memusnahkan hidup kita ,

jika kita cinta ilmu ianya merupakan harta , dan harta akan membahagiakan hidup kita di dunia dan akhirat. (Fakhruddin)

3. Kawal emosi kita din , jangan cepat melatah , bila berlaku sesuatu perkara jadi Profesional , dalam kita hidup , banyak cubaan , kita perlu banyak belajar dan menerima kritikan samada daripada musuh atau kawan , pengalaman yang mematangkan kita. : (Ifwat)

4. Sentiasa rajin-rajinkan diri dengan Ilmu , InsyaAllah kita akan jadi orang yang hebat. : (Ifwat)

Dan dalam perjalanan keluar dari Matar terasa diri seperti pertama kali dating ke Jordan kerana tiada siapa yang aku kenal serapat mereka di bumi Anbiya` ini.

Masih tinggal seorang di rumah aku yang sudah graduate (Ijazah Sarjana Muda) .

-Faiz RMAF

Beliau pun akan balik dalam waktu yang terdekat ini , beliau merupakan orang yang paling rapat dan merupakan Ketua rumah , sahabat aku dan cikgu aku di Jordan yang banyak memberikan pengalaman berharga di sini.


Ditujukan Khas Kepada 4 orang sahabat ku.

FAIZ , FAHKRUDDIN , IFWAT , ZUHAIRI.

Mudah-mudahkan pertemuan kita dan persahabatan kita berkekalan dari Dunia hingga Akhirat.

Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan , Jika Berpisah Janganlah Diucapkan Selamat Tinggal , Tetapi Ucaplah , Semoga Berjumpa lagi , Samada Di Dunia atau Di Akhirat Yang Kekal Abadi.

Yang Ikhlas Sahabat Kamu

Prince Izudin


Memikirkan Nasib Diri , Apakah Yang Nak Jadi Di Masa Hadapan