Friday, December 16, 2011

"Afrina" bukan nama sebenar.. My Story..

Assalamualaikum wbt..
Luahan diariku..
Jadilah zaujahku

Sekadar Gambar Hiasan.

Dalam diam aku tertarik dengan sifatnya,ilmunya, akhlaknya, kecantikannya, gaya pemakaiannya dan keanak-anakannya...Aku diam kerana aku tahu dia milik ALLAH, aku hanya perlu minta kepadaNYA
Jodoh milik ALLAH, tiada lafaz cinta melainkan mendahulukan lafaz akad nikah.

CINTA SEJATI fitrah insani daripada seorang ADAM yang mengajak, memimpin dan mendamping seorang HAWA melalui aliran yang diredhai menuju ke SYURGA adalah MULIA.
CINTA PALSU fitrah insani daripada seorang ADAM yang menghasut, melekakan dan mengkhayalkan seorang HAWA melalui aliran yang menyesatkan menuju ke NERAKA adalah HINA.

‎"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi..
Dan ingatlah muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

ketika mereka sibuk membicarakan mengenai cinta,engkau sibuk mengingatiNya
ketika mereka saling membicarakan mengenai kasih sayang,
engkau dalam kesenyapan sendirian bersama rindumu padaNya
ketika mereka mengejar cinta manusia,
engkau tidak berganjak sedikitpun dari doamu padaNya

Saya tak lupa kata-kata awak;

“Ketika awak resah dalam menanti Kehadiran gadis yang awak cintai,
berdoalah pada Allah dan Mintalah hanya kepada-NYA dan berusahalah
kerana kami para wanita hanya Insan tiada daya upaya
dan memohonlah pada yg Berhak,
MIlikilah hatinya Dengan Izin Allah,
milikilah Cintanya kerana-NYA,
Miliki dirinya kerana agama-NYa
MIlikilah Jiwanya Kerana-NYA,
Sekiranya awak Telah bersedia maka dapatkan dia Kerana-NYA
dan dia pun tetap Menanti awak Dipelataran sajadah Cinta-NYA”

Sesungguhnya saya dah menjumpai apa yang dimaksudkan dengan jodoh dari Allah..
Saya nak jadikan awak yang halal buat saya
Sentiasa berada di sisi saya di waktu susah dan senang
Dan sentiasa menemani saya di dunia dan di akhirat
Dan insyaAllah cinta sampai ke syurga…

Saya ada impian,dan impian saya cuma satu
saya ingin hidup semati dengan awak
Tapi kali ini saya benar-benar jujur dan ikhlas
Mungkin cinta saya tak seagung Nabi Muhammad dan Siti Khadijah
Ataupun sehebat cinta Zulaikha pada Nabi Yusuf
Tapi apa yang saya tahu saya perlukan awak dalam hidup saya

Jadilah zaujahku.

Sekadar Gambar Hiasan.

Wassalamualaikum wbt..
_____________________
Sabar Itu Indah Prince Izudin.
Nasihat untuk diri..
Bayt Tok Guru , Mu`tah , Karak,
The Hashemite Kingdom of Jordan.
16/12/2011 Masihi.
19/1/1433 Hijrah
Prince Izudin

Tuesday, December 13, 2011

CINTA !! "Nasihat Dari Seorang Teman.."


Assalamualaikum wbt..
Apa khabar semua??
Aku ada sebuah cerpen dari seorang teman.
Sebuah cerpen pencarian seorang lelaki yang ingin mencari calon isteri yang berakhir dengan satu warkah cinta yang amat menyentuh hati dan perasaan. “Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.”, getus hati kecil Izhar yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi. Izhar merupakan seorang peguam di mahkamah syariah dan bertugas sebagai seorang pendakwa raya.


Gambar Hiasan.


”Hari-hari berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat”, bagaikan tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan tidak terurus. “Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman”, tiba-tiba sahaja tersentuh hati Izhar untuk mencari pasangan setelah sekian lama dia hidup bersendirian.

Dengan ini, bermulalah kisah si Ustaz dalam mencari pasangan hidupnya. Dengan langkahnya pertama, usaha Izhar telah bertemu dengan seorang gadis. Namanya Alfatunnisa’. Cantikkan namanya, begitulah juga parasnya, secantik namanya. Gadis ini adalah rakan sekampus kawan Izhar semasa menuntut di Jepun dahulu.

Alfatunnisa’ adalah anak orang ternama, anak Tan Sri Ahmad. Gugup juga Izhar apabila hendak berhadapan dengan Tan Sri. Tetapi itu dulu, sebelum Izhar kenal dengan Tan Sri. Sekarang hubungan mereka nampaknya sudah rapat seperti saudara sendiri. Mungkin itulah yang dikatakan jodoh. Sebenarnya perkenalan dengan gadis ni bukanlah lama, sekejap saja. Mereka memang merancang untuk mendirikan rumahtangga bersama namun semakin lama dikenali, gadis itu seakan sudah banyak berubah.

”Mungkin ini bukan jodohku, aku tak tahu erti cinta. Adakah aku tertarik padanya ataupun pada hartanya. Nauzubillah, ya Allah, selamatkan diriku daripada godaan syaitan”, hati Izhar berbisik dan berdoa sendirian.

Pada langkah pertama, Izhar gagal menemui cinta hatinya. Pencarian Izhar tidak berakhir hanya di situ. Akhirnya semasa menguruskan kes anak guamannya, Izhar tertarik pula dengan anak kepada anak guamannya. Surina namanya, berasal daripada keluarga yang sederhana, Orangnya bijak bekata-kata. Akhirnya Izhar terpancing jua. Sesungguhnya Allah mengetahui segala-galanya.

Pada suatu hari, Izhar terserempak dengan Surina di salah satu pasar raya berdekatan bersama seorang jejaka, mesra sekali lagak mereka. Setelah disiasat, sungguh tidak disangka-sangka bahawa Surina yang sangat petah dan bijak berkata-kata selama ni sanggup berdusta dan mengambil kesempatan. Surina sebenarnya bekerja di kelab malam.

”Astaghfirullahal azim.. Alhamdulilah, aku bersyukur padamu ya Rabbi, Engkau menyelamatkanku daripada segala bencana, sekiranya aku berkahwin dengan keturunan seperti ini, amatlah pedih untuk aku melalui sisa-sisa hidup ini”, syukur Izhar atas segala petunjuk daripadaNya.


Gambar Sekadar Hiasan.

Setelah kecewa dengan gelagat cinta yang baru ditemui itu, Izhar sepertinya sudah putus harapan. Bagi Izhar, biarlah masa yang menentukan kerana dia yakin akan ketentuan Allah.

Bulan silih berganti, hari demi hari, putaran jam meninggalkan masa-masa yang lalu. Izhar semakin sibuk dengan menguruskan firmanya. Suatu hari, Izhar menghadiri mesyuarat untuk satu program yang disertainya, program “Selamatkan Jiwa”. Mesyuarat pada hari itu pula melibatkan seluruh mahkamah syari’ah di kawasan tersebut. Dalam kalangan ahli jawatankuasa yang datang, Izhar terpandang ke arah seorang wanita yang dirasakan amat berbeza dengan wanita-wanita lain. Sangat pendiam orangnya.

Diam-diam ubi berisi, namun apabila melontarkan idea, cukup bernas! Memang cantik orangnya. Sopan dan berjubah adalah penampilan yang dipilih. Tidak hairanlah kerana gadis ini merupakan alumni Universiti Al-Azhar, dan ayahnya adalah imam di kampungnya. Izhar akhirnya mengambil kata putus untuk menulis sepucuk surat untuk menyatakan isi hatinya.

Salam perkenalan buat saudari Sa’adatul Sakinah…

Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya meminta izin daripada saudari untuk mengenali dengan lebih dekat lagi. Saya amat tertarik dengan saudari, pandangan mata yang penuh keihklasan melontarkan idea-idea yang bernas untuk melakukan kebajikan di jalan Allah. Mungkin Allah telah mempertemukan kita, dalam situasi yang sama.

Dirimu yang sempurna, memperjuangkan kalimah suci Allah membuatkan saya tertarik dengan saudari. Tidak sepertimana perempuan-perempuan di luar sana yang pernah saya kenali. Andainya diri tidak berpunya, izinkan saya untuk melamar awak sebagai isteri saya yang sah.

Ikhlas, Izhar…

Warkah Izhar kemudian disambut dengan sebuah nota..

Wassalam saudaraku Muhd Izhar…

Buat saudara yang baru ku kenali, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu…

Wahai saudaraku.. Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.

Wahai saudaraku.. Janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.

Kiranya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirimu, tetapi aku membenci egomu. Ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.

Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta, sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami..

“Astaghfirullahal ’azim… Astaghfirullahal ‘azim… Astaghfirullahal ‘azim… Ampunkan dosaku ya Allah. Sesungguhnya selama ini aku telah tewas dalam permainan cinta. Terlampau mengejar cinta, aku telah melakukan dosa pada mereka. Sesungguhnya diriku kerdil di hadapanMu ya Rabbi. Aku sememangnya tidak layak untuk menghukum manusia, sesungguhnya aku seorang hamba seperti mereka”, doa Izhar selepas menunaikan solat tahajjudnya.

Izhar kini bersyukur kerana telah dikurniakan oleh Allah seorang isteri yang solehah, mampu memandu hidupnya dan saling melengkapi dan memperbaiki dalam kesilapan masing-masing. Dia tersedar akan kesilapannya terhadap Surina dan Alfatunnisa yang gagal menemukan mereka kepada kebenaran. Yakinlah bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan masanya pasti akan tiba.

Wassalamualaikum wbt..
_____________________
Sabar Itu Indah Prince Izudin.
Nasihat untuk diri..
Bayt Tok Guru , Mu`tah , Karak,
The Hashemite Kingdom of Jordan.
13/12/2011 Masihi.
17/1/1433 Hijrah
Prince Izudin

Monday, December 12, 2011

Belajarlah dari pengalaman dan kenangan

Kenangan berjalan di "Makam Bilal bin Rabah" di Jordan.


Assalamualaikum wbt..
Apa khabar semua??
Sihat?? Selamat Tahun Baru Hijrah..
Semakin meningkat umur kita , semakin muda kita menuju kematian..
Hari-harik suramku di universiti berlalu, entah macam mana silap teknik ku hati berbunga lagi..
tapi sayang , Ibarat bertepuk sebelah tangan..
Kerana tangan itu , menepuk dengan perlahan..
Sehingga siDIA tidak mendengarnya atau buat-buat tidak dengar..
so senang citer aku frust lah..
ku kuatkan diri , dengan menghayati dan mengingati kisah silam..
bagaimana ianya terjadi..
Ku belajar dari kesilapan dan kesalahan,
untuk mengetahui di mana kekurangan dan kelemahanku agar mampu kuperbaikinya..
Ku belajar dari kebaikan dan kebajikan, untuk menyelami dimana kelebihan dan kekuatanku agar mampu kumemanfaatkan sepenuhnya..
Sesungguhnya apa yang telah berlaku, meskipun ianya terlalu pahit untuk diredahi dan terlalu manis untuk diingati, ia tetap menjadi satu kenangan yang akan terpahat didalam minda disepanjang kehidupan ini.
Yang pahit itu, jadikanlah pengajaran dan teladan, dan yang manis itu istiqamahlah agar ia berkekalan..
Akhir kata dari saya,
Belajarlah dari pengalaman dan kenangan..
teringat kata-kata seorang penulis :
"
Sekiranya kita sudah memutuskan untuk BERTINDAK melakukan pekerjaan yang baik, usah ditangguhkan usaha itu. Hidup kita ini dikelilingi manusia-manusia negatif yang lebih suka membilang halangan daripada memberikan sokongan. Oleh itu, jika anda mahu sambung belajar, memulakan bisnes baharu, atau memulakan sesuatu yang baik itu, teruskan sahaja! Allah ada bersama-sama kita, selagi kita mengingati-Nya. ~ Nisah Haron
Jangan malu seperti ku..
mungkin belum jodoh kot..
kalau faham komen lah..
kalau tak faham apa yang aku tulis , perbetulkan..

Cerita ini untuk sahabat-sahabatku dijadikan pemangkin semangat untuk terus berjuang dalam menempuh liku-liku kehidupan..
Jangan terpedaya dengan cinta dunia yang murah , tetapi carilah cinta yang hakiki, iaitu cinta kepada Ilahi..
Sampai disini ku menulis..
Besok ada peperiksaan I`jaz Quran dan `Ilaqat Dauliah..
okeylah ,
Jumpa Lagi..
Assalamualaikum wbt..

_______________________
Bayt Tok Guru , Mu`tah , Karak,
The Hashemite Kingdom of Jordan.
12/12/2011
Prince Izudin