Sunday, November 22, 2009

Kelebihan 10 Zulhijjah

بسم الله الرحمن الرحيم




فَإِذَا قَضَيْتُمْ مَنَاسِكَكُمْ فَاذْكُرُوا اللَّهَ كَذِكْرِكُمْ آبَاءَكُمْ أَوْ أَشَدَّ ذِكْرًا فَمِنْ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاقٍ)200)


200. Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan Ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan Dengan sebutan Yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia Yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! berilah Kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat. (Al-Baqarah)


{وَإِذْ بَوَّأْنَا لإِبْرَاهِيمَ مَكَانَ الْبَيْتِ أَنْ لا تُشْرِكْ بِي شَيْئًا وَطَهِّرْ بَيْتِي لِلطَّائِفِينَ وَالْقَائِمِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ(26)وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالاً وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ(27)لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الأَنْعَامِ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ(28)ثُمَّ لِيَقْضُوا تَفَثَهُمْ وَلْيُوفُوا نُذُورَهُمْ وَلْيَطَّوَّفُوا بِالْبَيْتِ الْعَتِيقِ(29)}.

27. "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan Ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu Dengan berjalan kaki, dan Dengan menunggang berjenis-jenis unta Yang kurus Yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) Yang jauh.
28. "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara Yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari Yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka Dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); Dengan Yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang Yang susah, Yang fakir miskin.
29. "Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) Yang tua sejarahnya itu".
(Al-Hajj)


Assalamualaikum wbt..
Kita berada Di 10 hari-hari permulaan Zulhijjah, marilah kita kita di 10 hari-hari ini kita sama-sama banyakkan ibadat, beristirfar dan dan banyak-banyakkan memuji Allah s.w.t .Sesungguhnya kita sebagai hamba tidak lari dari melakukan kesilapan.
Ingatlah sesungguhnya Umat ini dikurniakan umur yang pendek berbanding dengan umat-umat yang terdahulu. Sebagaimana Sabda Nabi s.a.w :

"اعمار أمتى ما بين الستين والسبعين"


Maksudnya : Umur umatku diantara 60 hingga 70 tahun.

Tetapi Allah s.w.t Maha Pengasihnya lagi Maha MuliaNya memberikan kelebihan kepada umat ini dengan menjadikan kebanyakan daripada amal-amal yang soleh yang dilakukan oleh umat ini seperti dikurniakan umur yang panjang.

Maka di waktu yang mulia lagi berkat ini 10 hari permulaan Zulhijjah seperti mana firmanNya :



{وَالْفَجْرِ(1)وَلَيَالٍ عَشْرٍ(2)

1. Demi waktu fajar;
2. Dan malam Yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);

Kata Ibnu Kathir rahimahullah yang dimaksudkan di sini ialah sepuluh permulaan Zulhijjah.
Dan Pendapat ini yang paling rajah (tepat). Inilah pendapat jumhur Ulama`, iaitu yang diriwayatkan dari Marwi daripada Ibnu Abbas. Dan dikatakan juga sepuluh akhir Ramadhan kerana terdapat Malam Al-Qadar (Lailatul Qadar) iaitu riwayat daripada Ibnu Abbas juga tetapi pendapat yang pertama lebih tepat.

Firman Allah s.w.t :

وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ(28)

28. " dan menyebut nama Allah, pada hari-hari Yang tertentu, (Surah Al-Hajj)

Ibnu Abbas berkata : iaitu hari yang kesepuluh.

Dan sabda Nabi s.a.w , :

عن ابن عباس رضى الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ما من أيام أفضل من هذه العشر "قالوا : ولا الجهاد ؟ قال : ولا الجهاد إلا رجل يخاطر بنفسه وماله فلم يرجع بشئ". رواه البخارى


Maksudnya:

Daripada Ibnu Abbas r.a : Sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda : Tiadalah hari yang paling banyak kelebihan daripada sepuluh hari ini. Beliau bertanya : sekalipun jihad?? Baginda bersabda : Sekalipun Jihad, kecuali seorang lelaki yang keluar membahayakan dirinya (berperang) dan bersamanya hartanya dan tidak pulang tanpa sesuatu. (Syahid)

Ibnu Hajar Al`Asqalani berkata : Sesungguhnya sebab banyaknya kelebihan di sepuluh Zulhijjah ini kerana : Terhimpun padanya segala ibu ibadat, iaitu Sembahyang, Puasa, Sedekah dan Ibadah Haji yang tidak terhimpun selain daripada hari-hari ini.


Dan digalakkan banyak menunaikan amalan soleh di sepuluh hari-hari ini kerana padanya terdapat banyak keberkatan dalam menuju ketaqwaan. Seperti Firman Allah s.w.t :




ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ(32)


32. Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa Yang menghormati syiar-syiar ugama Allah maka (Dia lah orang Yang bertaqwa) kerana Sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.


Apakah amalan yang disunatkan di sepuluh hari-hari ini??

1. Membanyakkan amalan yang soleh yang umum.
Seperti membanyakkan bacaan Al-Quran, bersedekah, menyuruh kepada melakukan kebaikan dan mencegah perkara-perkara yang mungkar.

2.Sembahyang.
Digalakkan bersegera untuk menunaikan sembahyang ketika masuknya waktu (di awal waktu) terutamanya menunaikannya di saf yang pertama dan membanyakkan solat sunat.

3.Berpuasa.
Kerana ianya termasuk di dalam amalan-amalan yang soleh.

4.Bertakbir, Bertahlil dan Bertahmid.
Kerana Nabi Bersabda :
Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a : Banyakkanlah padanya bertasbih, tahlil dan tahmid (membesarkan , memuji , memuliakan).

5. Berpuasa di Hari `Arafah.
Disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan ibadah Haji berpuasa ketika Jemaah Haji wukuf di padang `Arafah.



Tuesday, November 10, 2009

.:: Hari ini dan Semalam ::.

Cinta hadir tanpa ku sedar akan adanya ia...

erti cinta hanya ku kenal setelah adanya dia...

namun....

cinta yang di fikirkan hingga ke hujung nyawa di noda dengan keegoan diri masing-masing....

cinta suciku diakhiri dengan putus kasih yang tidak direlakan...

walau diriku manyayanginya namun aku redha dengan kehendak ilahi dan jodohnya dengan sesiapapun...

tetapi perasaan sayang tetap ada dihati ini...

namun bukan untuk dirinya lagi...

ianya hanya untuk bakal-bakal puteri hatiku akan datang...

cinta yang tulus nan setia ini hanya untuk bidadari yang sudi mencurah kasih dan cinta yang ikhlas...

cinta yang utuh serta mampu membelah badai dan bah yang melanda di pertengahan perjalanan...


Thanks for All...
"Aku seorang musafir yang jauh...
Yang hampir menuju kepadaNya Yang Maha Esa (Ajal)...."

Wednesday, November 4, 2009

.:: Akhlak ::.

Assalamualaikum wbt....
Sudah lama ku xmnjenguk blog, utk update...
Sorilh kpd sahabat2 mu`tah, sebenarnya blog ni xdelah utk dikormesialkan or utk mndapat nama,cume ku ingin menceritakan tntang seorang diri yg bernama manusia yg trcungap2 diantara jalan yg lurus dan jalan yg brliku...

Dan sebenarnya sy xnk kwn2 mu`tah thu kewujudan blog ini, krn bkn ade ape2 pn, tpi ianya tlah dikormesialkan or dipopularkan oleh seorang kwn sy (bilik sebelah sy) yg namanya brmula huruf 'I' akhirnya 'T' kpd kamu semua, so skarang ni, klau kamu nk komen, komen lh, cme jgnlah truk sgt, komen yg mmbina...

Pada hari ni, sy cume nk nukilkan stu Ilmu yg berkaitan Akhlak....

1. Akhlak Islam tetap.
2. Akhlak Islam Syumul (Meliputi setiap aspek).
3. Akhlak Islam dapat diaplikasi dalam setiap urusan hidup.
4. Akhlak Islam adalah Akhlak yang mesti, iaitu wajib diamalkan setiap masa.

Huraiannya...
Akhlak Islam dibina diatas dasar akidak ianya juga xberubah dari dari permulaan diutuskan rasul sehingga kiamat,maksud xberubah ialah segi prinsip, cthnya : Adil, Amanah, N sebagainya...
Kita mesti berlaku adil kepada setiap manusia tidak kira samada Islam atau Kafir, kerana itu hak manusia..
Kita juga dilarang mencaci, mengumpat, atau mengeji sesama manusia. Kerana perbuatan tersebut sama seperti memakan bangkai saudara sendiri, adakah kamu suka??
Dan byak lah lagi Islam menjaga Akhlak manusia supaya menjadi Manusia yang berjaya di dunia dan Akhirat...
Islam For All..

""Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Baihaqi, Rasulullah bersabda : Akhlak yang baik dapat menghapuskan kesalahan, bagaikan air yang menghancurkan tanah yang keras. Dan akhlak yang jahat pun boleh merosakkan amal, seperti cuka merosakkan manisnya madu. Nabi Muhammad bersabda bermaksud: Sesungguhnya aku diutus sebagai penyempurna akhlak yang mulia (Hadis riwayat Ahmad)''