Sunday, November 22, 2009

Kelebihan 10 Zulhijjah

بسم الله الرحمن الرحيم




فَإِذَا قَضَيْتُمْ مَنَاسِكَكُمْ فَاذْكُرُوا اللَّهَ كَذِكْرِكُمْ آبَاءَكُمْ أَوْ أَشَدَّ ذِكْرًا فَمِنْ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاقٍ)200)


200. Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan Ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan Dengan sebutan Yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia Yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! berilah Kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat. (Al-Baqarah)


{وَإِذْ بَوَّأْنَا لإِبْرَاهِيمَ مَكَانَ الْبَيْتِ أَنْ لا تُشْرِكْ بِي شَيْئًا وَطَهِّرْ بَيْتِي لِلطَّائِفِينَ وَالْقَائِمِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ(26)وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالاً وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ(27)لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الأَنْعَامِ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ(28)ثُمَّ لِيَقْضُوا تَفَثَهُمْ وَلْيُوفُوا نُذُورَهُمْ وَلْيَطَّوَّفُوا بِالْبَيْتِ الْعَتِيقِ(29)}.

27. "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan Ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu Dengan berjalan kaki, dan Dengan menunggang berjenis-jenis unta Yang kurus Yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) Yang jauh.
28. "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara Yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari Yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka Dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); Dengan Yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang Yang susah, Yang fakir miskin.
29. "Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) Yang tua sejarahnya itu".
(Al-Hajj)


Assalamualaikum wbt..
Kita berada Di 10 hari-hari permulaan Zulhijjah, marilah kita kita di 10 hari-hari ini kita sama-sama banyakkan ibadat, beristirfar dan dan banyak-banyakkan memuji Allah s.w.t .Sesungguhnya kita sebagai hamba tidak lari dari melakukan kesilapan.
Ingatlah sesungguhnya Umat ini dikurniakan umur yang pendek berbanding dengan umat-umat yang terdahulu. Sebagaimana Sabda Nabi s.a.w :

"اعمار أمتى ما بين الستين والسبعين"


Maksudnya : Umur umatku diantara 60 hingga 70 tahun.

Tetapi Allah s.w.t Maha Pengasihnya lagi Maha MuliaNya memberikan kelebihan kepada umat ini dengan menjadikan kebanyakan daripada amal-amal yang soleh yang dilakukan oleh umat ini seperti dikurniakan umur yang panjang.

Maka di waktu yang mulia lagi berkat ini 10 hari permulaan Zulhijjah seperti mana firmanNya :



{وَالْفَجْرِ(1)وَلَيَالٍ عَشْرٍ(2)

1. Demi waktu fajar;
2. Dan malam Yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);

Kata Ibnu Kathir rahimahullah yang dimaksudkan di sini ialah sepuluh permulaan Zulhijjah.
Dan Pendapat ini yang paling rajah (tepat). Inilah pendapat jumhur Ulama`, iaitu yang diriwayatkan dari Marwi daripada Ibnu Abbas. Dan dikatakan juga sepuluh akhir Ramadhan kerana terdapat Malam Al-Qadar (Lailatul Qadar) iaitu riwayat daripada Ibnu Abbas juga tetapi pendapat yang pertama lebih tepat.

Firman Allah s.w.t :

وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ(28)

28. " dan menyebut nama Allah, pada hari-hari Yang tertentu, (Surah Al-Hajj)

Ibnu Abbas berkata : iaitu hari yang kesepuluh.

Dan sabda Nabi s.a.w , :

عن ابن عباس رضى الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ما من أيام أفضل من هذه العشر "قالوا : ولا الجهاد ؟ قال : ولا الجهاد إلا رجل يخاطر بنفسه وماله فلم يرجع بشئ". رواه البخارى


Maksudnya:

Daripada Ibnu Abbas r.a : Sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda : Tiadalah hari yang paling banyak kelebihan daripada sepuluh hari ini. Beliau bertanya : sekalipun jihad?? Baginda bersabda : Sekalipun Jihad, kecuali seorang lelaki yang keluar membahayakan dirinya (berperang) dan bersamanya hartanya dan tidak pulang tanpa sesuatu. (Syahid)

Ibnu Hajar Al`Asqalani berkata : Sesungguhnya sebab banyaknya kelebihan di sepuluh Zulhijjah ini kerana : Terhimpun padanya segala ibu ibadat, iaitu Sembahyang, Puasa, Sedekah dan Ibadah Haji yang tidak terhimpun selain daripada hari-hari ini.


Dan digalakkan banyak menunaikan amalan soleh di sepuluh hari-hari ini kerana padanya terdapat banyak keberkatan dalam menuju ketaqwaan. Seperti Firman Allah s.w.t :




ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ(32)


32. Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa Yang menghormati syiar-syiar ugama Allah maka (Dia lah orang Yang bertaqwa) kerana Sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.


Apakah amalan yang disunatkan di sepuluh hari-hari ini??

1. Membanyakkan amalan yang soleh yang umum.
Seperti membanyakkan bacaan Al-Quran, bersedekah, menyuruh kepada melakukan kebaikan dan mencegah perkara-perkara yang mungkar.

2.Sembahyang.
Digalakkan bersegera untuk menunaikan sembahyang ketika masuknya waktu (di awal waktu) terutamanya menunaikannya di saf yang pertama dan membanyakkan solat sunat.

3.Berpuasa.
Kerana ianya termasuk di dalam amalan-amalan yang soleh.

4.Bertakbir, Bertahlil dan Bertahmid.
Kerana Nabi Bersabda :
Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a : Banyakkanlah padanya bertasbih, tahlil dan tahmid (membesarkan , memuji , memuliakan).

5. Berpuasa di Hari `Arafah.
Disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan ibadah Haji berpuasa ketika Jemaah Haji wukuf di padang `Arafah.



No comments:

Post a Comment