Thursday, December 17, 2009

Jadual exam nihaie..

Assalamualaikum wbt...
Adush, exam nihaie dah dekat..
Doalah kawan-kawan semua kat diri ini ye, biar berjaya di dunia dan di akhirat..
oklah, di sini aku letakkan jadual exam nihaie, bagi fasal awal ni.. 2009/2010..
Siapa yang sama madah dengan aku alert lh ye..

0502101

علوم القران

11/01/2010

الاثنـــــــــين

1:30-3:30

0501101

المدخل الى الفقه الاسلامي

13/01/2010

الاربعـــــــــاء

8:30-10:30

0502100

علوم الحديث

17/01/2010

الاحــــــــــــد

8:30-10:30




kalau tiada dalam senarai diatas, sila klik di sini:-
Jadual peperiksaan Akhir Semester Fasal Awal 2009/2010, Universiti Mu`tah..

k. Wassalamualaikum wbt..
Gud luck semua for exam..
Prince Iz , 17/12/09

Friday, December 11, 2009

Jelajah Jordan




Assalamualaikum wbt...
Selamat sejahtera semua,
sebenarnye sudah lame aku tidak bercerita di blog, dikesempatan ini, inginlah ku ceritakan serba sedikit pengalaman aku berhari raya AidilAdha di negara orang..
Pada tahun ini aku tidak merayakannya dengan menyembelih bianatang atau dengan pergi kenduri kahwin..
tetapi aku merayakannya dengan melawat tempat-tempat bersejarah, mengambil i`tibar dan pengajaran...
Macam manakah kaum-kaum yang terdahulu hebat bangunannya, binaanya dan kepakarannya, tetapi dihapuskan oleh Allah s.w.t kerana kesombongan meraka dan keingkaran mereka terhadap perintah Allah s.w.t.

Selama empat hari perjalanan, kami hampir pergi semua tempat yang dirancang,
antara tempat yang seperti di bawah :


1. Madaba.
2. Aqabah.
3. Petra.
4. Jerash.
5.`Uyun Musa .
6. Wadi Rum.
7. Baptism Site.
8. Qatranah .
9. Ummu Qais.
10.Ajlun .*** terpaksa pulang kerana tidak cukup masa.

*Kalau mahu tahu cerita lebih lanjut, sila klik link di atas.



Rumah-rumah yang dibuat ditebuk dari bukit-bukit yang pejal.

Sebelum Masuk Kota petra.

Pintu belakang Kota Petra berjalan 8000 anak tangga baru sampai sini, tu x termasuk kena naik bukit lagi.



Wadi Rum Tempat Arab berhimpun Buat Revolusi Menjatuhkan Kerajaan Uthmaniah.


Air mata air Nabi Musa Alaihissalam yang Allah perintahkan Nabi Musa a.s Memukul batu, lalu terbitlah 12 mata air.

Batu yang dipercayai dipukul oleh Nabi Musa a.s , batu tersebut masih lagi tinggal kesan-kesan aliran air, berada di sebelah aliran air di atas..


Qatranah stesen keretapi yang revolusi arab hancurkan, di mana keretapi ini jikalau siap, nescaya akan membawa jemaah haji dari Eropah (Turkiey) ke Saudi.

Qatranah lihatlah seni bina eropah masih jelas kelihatan.

Tengah memikirkan umat bangsa.. Huhu2..

Jarash masih kukuh binaannya


Al-Harith bin Umair bin Al-Azdi, Utusan nabi yang dibunuh, lalu terjadinya perperangan Mu`tah.



Ada lagi, ada masa aku upload lagi.
Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat pengajaran, akibat yang terjadi terhadap kaum-kaum yang terdahulu.
Moga-moga kita sentiasa dalam ketaatan kepada Allah s.w.t.
Ikhlas From ;
Prince Izudin
13 Dis 2009

Monday, December 7, 2009



Khutbah ini disampaikan pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah di lembah
Uranah, Gunung Arafah.
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak
mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas
tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah
ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini
sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai
amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang
berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu
lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti
membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan
riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah
berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. maka
berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka
juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka
ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam
suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan
belemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman
dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh
memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.



Wahai manusia, dengarlah bersunggah-sungguh kata-kataku ini, sembahlah
Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan
Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah
Ibadah Haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah
saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang
lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk
dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh
itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran
selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang
akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai
manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku
sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua
perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya. nescaya kamu
tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada
orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka
yang terus mendengar dariku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan.