Monday, September 26, 2011

Aku Terima Nikahnya..

Assalamualaikum wbt..
Apa khabar semua?? Terima kasihlah kepada pembaca yang setia, sekalipun kadang-kadang post aku tidak ada yang membacanya.


Berada di Bukit Colosium Syria, sehari sebelum Pulang.



Permandangan di waktu senja , mendamaikan hati apabila merenung sunset..

Kepulangan ku ke bumi Jordan untuk meneruskan kehidupanku seharian..
Ermm..
Teringat hari-hari perit berlalu , ku simpan dalam kamus lipatan..
Sudah satu sem aku tangguh untuk mencari erti hidup , kini aku sudah hampir untuk menujunya..
Aku ingin berubah , dan aku mesti berubah , perjuangan masih jauh..
Dunia semakin mencabar , Islam semakin ditindas..
Teringat belajar subjek علاقة الدولية (Hubungan diantara Negara dengan Negara yang Lain ), sebenarnya susah dan masih banyak lagi yang perlu dibuat dalam menegakkan Pemerintahan Islam yang sebenar..
Jadi dari memikirkan masalah diri yang tiada penyelesaian , lebih baik kita berusaha mencari Ilmu untuk memberi sumbangan kepada Islam..
Nasihat aku untuk semua dan untuk diri sendiri..
"Ramai manusia lupa,ketika menghadapi kesengsaraan...
Seolah-olah dunia ini sudah berakhir dan tiada jalan penyelesaiannya.
Tapi, bersaba
rlah kerana jalan itu pasti tiba jua.

Pedih , My heart.

Kerana Allah tidak akan menguji hambanya dengan hal-hal yang tidak mampu: Firman Tuhan :-
لا يكلف الله نفسا الا وسعها

Kata Imam As-syafi'e:

ولا تجــــــــزع لحادثة الليالي ..... فما لحـــوادث الدنيا بقـــــاء

Bersabarlah dengan musibah semalam......Musibah dunia ini bukan selamanya

وكن رجلا على الأهوال جلدا ..... وشيمتك السماحة والوفـــاء

Teguhlah menghadapi segala kesengsaraan....Dan lagakmu penuh toleransi dan ketekunan

Bertawakallah kepada Allah.Sebagaimana nabi mengajar kita berdoa:
"Ya Allah kepadaMu la aku memohon pertolongan,perbaikilah segala urusanku,janganlah biarkan urusan itu diserahkan kepada aku walau sekelip mata pun....."


Mood penat dan release tension.


#Sengaja letak tajuk "Aku Terima Nikahnya".
Untuk bagi semangat..
#Aku nak meluahkan perasaan tidak ada yang sudi mendengar , jadi baik post kt sini..
Meluah kepada sesawang yang mampu menjadi pendengar yang setia untukku..
#Gambar sebagai penyeri jer..
#Post yang terbaru ni macam celaru cikit , sebab penat , sem ni banyak subjek susah aku pelajari. Apa-apa komen silakan.
Oklah , doaku untuk semua semoga berbahagia selalu...
Dan jangan biarkan Hidup anda diselubungi Kesedihan..
Selamat Malam.

Prince Izudin.
27 September 2011.
29 Syawal 1432.
Bayt Tok Guru.
Mu`tah , Karak , Jordan.