Friday, March 26, 2010

-KAHWIN- Unit Amanah Mu`tah Pro & Contra

Assalamualaikum wbt..
Sudah lama blog ini tidak aku update blog ini..
Alhamdulillah di hujung minggu yang berbahagia ini dapat aku menulis, bukan sahaja pedoman untuk diri , tetapi nasihat dan renungan untuk sahabat-sahabat.



-KAHWIN-
Satu perkataan yang mudah dan ringkas disebut pada mulut , namun hakikatnya tidak semudah yang dibayangkan. Apatah lagi kahwin diusia muda atau lebih sinonim lagi dengan "Kahwin Awal". Fenomena ini sering kali melanda pelajar-pelajar , mungkin persekitaran yang mencengkam jiwa-jiwa remaja ini.
Banyak Pro & Contra nya kahwin awal. Jikalau kita sudah cukup bersedia , dari sudut fizikal dan mental ianya sesuatu yang bagus , tetapi jikalau cukup-cukup makan je , lebih baik berfikir dua kali terlebih dahulu. Perkahwinan bukanlah satu permainan , bukan hanya untuk santapan nafsu , tapi ianya adalah sunnah Rasulullah S.A.W. Di dalamnya terkandung segala hikmah yang tidak terhitung dan terbayang oleh kita yang masih single.

Mengapa dan Kenapa Perkahwinan di Usia Muda Selalunya Di Halang??

Inilah antara persoalan utama yang menjadi titik punca.

1.Pandangan Seorang Ayah:-
Selalunya dalam hal perkahwinan anak-anak mereka , mereka sangat ringkas dan tidak banyak kerenah. Jikalau ada sekalipun , ianya mungkin hanya hanya berkaitan tentang siapakah calonnya , berkenan atau tidak , dan selalunya apa yang menjadi pilihan si anak , si ayah akan bersetuju. Apa yang dirasakan oleh si ayah , adalah mungkin sudah sampai masanya si anak belajar untuk membina keluarga sendiri.

2.Pandangan Seorang Ibu :-
Apabila dia menyatakan ketidak setujuannya , pasti ada sesuatu yang tersimpul di sebalik itu. Seorang ibu , apabila menolak permintaan anaknya untuk mendirikan rumah tangga , dia tahu bahawa anaknya belum tiba masa lagi untuk diteruskan hajatnya.

Ketika ini , apa yang bermain difikirannya , apakah anakku ini boleh menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab??
Mungkin soalan ini timbuk kerana , dia akan menbandingkan sikap suaminya (ayah kita) dengan sikap kita. Jika dia tidak bersetuju , pasti ada yang kurang pada diri kita yang menyebabkan kurangnya keyakinan dia untuk bersetuju dengan hasrat kita.

Antaranya mungkin :-
1.Selepas subuh , tarik selimut kembali.
2.Selepas makan , letak pinggan di dalam sinki sahaja , mengharapkan ada orang tolong basuhkan.
3.baju-baju kotor dibiarkan sahaja bersepah tanpa inisiatif untuk basuh.
4. Dan lain-lain lagilah.

Jika inilah sikap kita di rumah , bagaimanakah seorang ibu mahu membenarkan anaknya untuk mendirikan rumah tangga jika dirinya tidak ada sifat bertanggungjawab sekurang-kurangnya pada diri sendiri, inikan pula bila sudah berumah tangga.

Sikap yang ada ini perlulah diubah dalam memberikan keyakinan si ibu bahawa anaknya sudah kenal erti tanggungjawab.

Masa berlalu , hubungan telah direstu , hati bersatu , akad menjadi penentu.
Jika perkahwinan itu atas dasar cinta , semailah cinta itu. Cinta adalah permainan hati dan wujud di dalam hati.
: Jika perkahwinan itu dibina atas agama , maka dengan agama perkahwinan itu InsyaAllah tidak akan terlepas dari kita sehingga ke syurga kelak.

Setiap hari seseorang itu perlukan agama tetapi adakah kita berfikir , di samping itu ada tanggungjawab yang perlu dipikul dalam satu masa?
Dugaannya tidak dapat tergambar kelak?
Tepuk dada tanyalah iman.

وفي البخاري ومسلم من حديث أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "تنكح المرأة لأربع، لمالها ولحسبها ولجمالها ولدينها فاظفر بذات الدين تربت يداك

Daripada Abu Hurairah r.a katanya : Sabda Rasulullah S.A.W : Dikahwini Perempuan itu kerana empat perkara , Kerana Hartanya , Keturunanya , Kecantikan yang ada pada dirinya dan Kerana Agamanya. Maka Pilihlah yang berpengang kepada agama maka ringan kerja kamu.



Ditujukan Khas Buat Sahabat-Sahabat di Mu`tah dan BBR Permata Jordan.

Sekian, Prince Iz.
10 RabiulAkhir 1431 H
26 Mac 2010

2 comments: