Monday, January 4, 2010

Kata-kata hikmah ~ exam mode ~




Assalamualaikum wbt..
Selamat menjalani peperiksaan akhir semester buat sahabat-sahabatku sekalian..
Untuk kali ini aku postkan satu kata-kata, mudah-mudahan kita mendapat manfaat daripada maksud yang tersirat dan tersurat...

Silakan...

Andai...
Hari ini milik kita , gunakanlah sebaiknya kerana esok belum tentu untuk kita.

Andai...
Hari ini kita rancangkan sesuatu untuk esok , rancangkanlah dengan sekemas mungkin tapi jangan lupa pada takdir yang menentukan segalanya.

Andai...
Esok buat kita kecewa , redhalah dengan ketentuan , sengaja DIA tentukan yang sedemikian , agar kita terus berhati-hati untuk lusa yang menjelma.

Andai...
Lusa masih ditakuk lama , tiada perubahan , malah kekecewaan berlarutan , sedarlah DIA memang suratkan begitu agar kita sedar siapa kita di sisiNya agar kita lebih sedia dengan segala kemungkinan yang tiba biarpun sudah berusaha.


Sekian..
Salam hormat daripada : Prince Izudin
5 Jan 2010



No comments:

Post a Comment