Friday, January 1, 2010

SEJARAH RINGKAS IBNU KHALDUN: SARJANA MUSLIM SEPANJANG ZAMAN



Assalamualaikum wbt..
Di sini inginku kongsi artikel yang di tulis oleh lecture aku,
semasa ku berlajar di KIAS, bukan ku ingin cetak untuk mudah, tetapi sebagai pendorong dan pembakar untuk kita terus berusaha menjadi seorang yang berjaya di dunia dan Akhirat..

Nama beliau ialah Waliuddin Abu Zaid Abdul Rahman ibn Khalid ibn al-Khattab yang dikenali sebagai ibn Khaldun adalah seorang tokoh besar yang lahir pada abad ke 8H yang menjadi pencetus kepada perkembangan pelbagai sumber ilmu pengetahuan. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang berlatarbelakangkan ulama' dan umara' pada tahun 1332 M di Tunisia.

Beliau memulakan pengajian di bawah seliaan bapanya sendiri dengan pelbagai cabang disiplin ilmu. Kemudian beliau beralih pula kepada disiplin ilmu logik dan falsafah. Selepas itu beliau mula terjun dalam kancah politik secara langsung berdasarkan hubungan yang sangat erat dengan keluarga Sultan Maghribi. Selepas tiga tahun belau memegang jawatan dalam kerajaan beliau telah berpondah ke Bandar Fes Tunisia dan ke Granada . Selepas lama merantau beliau memilih untuk mengasingkan diri di maghiribi dengan bani al-Arif. Di sinilah beliau mula menghasilkam karyanya yang agung “ Mukaddimah ” yang menjadi rujukan sarjana Timur dan Barat.

Mukaddimah merupakan juzuk pertama dari karyanya “ al-Ibar “ yang membincangkan sejarah tamadun manusia serta perkembangannya. Buku ini menunjukkan kepada kita betapa luasnya ilmu yang dimilikinya di mana karya Mukaddimah ini diadun dengan pengalamannya semasa memegang jawatan dalam kerajaan dalam pelbagai jurusan dan pengembaraan ilmu. Sebab itulah kita dapati karya ini sangat teliti penulisannya. Beliau amat dikenali sebagai pengasas kepada ilmu sosial yang masih dikaji oleh para interlektual hingga ke hari ini. Menurut pandangannya, masyarakat yang kurang maju dari sudut sosio masyarakatnya lebih bersifat fanatik perkauman berbanding masyarakat yang maju yang jarang kedengaran berlakunya sentimen perkauman. Begitu juga dalam soal pendidikan yang dapat membentuk peribadi masyarakat madani boleh dibentuk dengan banyak mencontohi tokoh-tokoh ilmuan yang terkenal sebagai sumber inspirasi dan motivasi diri.

Beliau boleh dianggap sebagai sarjana penamat yang lahir pada zaman klasik. Sumbangannya dalam bidang kemasyarakatan tiada tolak bandingnya. Beliau wafat pada tahun 807 H/1406 M di Kaherah Mesir.

Wazi bin Othman
B.A. Hons (Usuluddin), Uni. al-Bait, Jordan.
Pensyarah Kolej Islam AntaraBangsa Sultan Ismail Petra.
Kolej Islam AntaraBangsa Sultan Ismail Petra..

1 comment: