Thursday, February 4, 2010

Salji Owh Salji...

Assalamualaikum wbt..

Aku dan SnowMan versi Arab (pakai serban)

Ye Ye Salji dh turun. Ye Ye Salji dh turun , Ye Ye Salji dh turun.. Besssstttt Main Salji.. Sape Nk Main Salji Dtglh Jordan.. Jom Main Salji..

Alhamdulillah pada hari ini, 4 Hb Feb 2010 , Hari Khamis bersamaan 19 sabar 1431, salji turun di jordan khususnya di Pekan Mu`tah.

Inilah kali pertama aku merasa bermain salji yang selama ini hanya ku lihat di dalam television sahaja.

Pemandangan Belakang Rumah.. Huhu2..

Pagi-pagi lagi keluar rumah


Alhamdulillah aku bersyukur kepada Allah s.w.t kerana diberi peluang untuk melihat fenomena kebesaran Allah s.w.t ini secara langsung.

Walaupun aku dahulu dimarahi oleh Pengetua kerana mengambil Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tetapi aku berjaya membuktikan bahawa ambil SPM bukan untuk dunia sahaja tetapi untuk akhirat.
Aku belajar di Jordan bukan sahaja dapat banyak ilmu agama tetapi juga dapat melihat fenomena ini yang sungguh ajaib. Huhu2..

Main Salji. Besttttt.

Maaf kalau ada yang terasa , cuma ini di tujukan kepada pengetua sekolah aku dahulu sahaja.
Ini adalah supaya budak-budak Maahad Darul Quran Rusila bersemangat untuk ambil SPM dan belajar di luar negara terutamanya Jordan lah tempat aku belajar sekarang , biar Pengetua marah , janji niat kita Ikhlas belajar kerana Allah s.w.t.
InsyAllah Allah s.w.t akan tolong.
Jangan takut kepada manusia.

Allahu Akbar x3..
Sekian..
Wassalamualaikum wbt..

Selepas Selesai Buat SnowMan

Selepas Kesejukan Main Salji , Pergi Kedai Arab Bertuku (Memanaskan Badan) , Pastu Sambung balik..

Semasa tengah buat SnowMan


Gambar Bersama Arab Semasa Salji Turun Lebat

yang Ikhlas:
Prince
4 / 2 / 2010

No comments:

Post a Comment