Saturday, June 12, 2010

.:: Tazkirah Untuk Diri Di Keheningan Malam ::.



Assalamualaikum wbt..
Apa Khabar semua??
Sudah sekian aku menyepi , dan aku tinggalkan blog ini bersawang di web..
Aku Cuba menyelami hakikat hidup , sebenarnya banyak perkara yang aku tidak mengerti , sungguh jahil diriku ini.

Aku cuba dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong kejahilan , dan kehinaan , semakin lama aku hidup semakin aku berfikir , bagaimana keadaan aku.
Sebenarnya Aku banyak terpesong dari kehidupan seorang hamba yang taat dan patuh segala perintahNYA.
Aku ketika di uji , kadang-kadang aku tidak memahami hakikat sebaliknya , kadang-kadang aku merasa kecewa dan dukacita , kenapalah ditimpakan kepada aku ujian yang sebagini berat.
Setelah lama-kelamaan , bila aku melihat ujian yang ditimpakan kepada sahabat-sahabat aku lebih berat daripada aku , barulah aku mengerti , sebenarnya Allah s.w.t ingin menguji diri aku ini , adakah aku termasuk di kalangan orang-orang yang beriman atau dikalangan orang-orang derhaka.
Lalu aku kuatkan semangat , sebenarnya bukan aku sahaja yang diuji , aku mesti buatkan satu garis panduan , atau kata-kata peransang untuk diri.
Silakanlah teliti.
Ingatkan dirimu akan syurga yang luasnya langit dan bumi.

Apabila Anda lapar dinegeri ini, atau fakir, sedih, sakit, terampas hakmu, atau merasakan kezaliman, maka ingatkan diri Anda akan kenikmatan, kesukaan, kesenangan, kebahagian dan keabdian di Syurga penuh kenikmatan.

Apabila Anda meyakini AQIDAH ini dan berbuat untuk tujuan ini, maka berbagai kerugianmu akan berubah menjadi keuntungan, dan berbagai musibahmu menjadi anugerah. Orang yang paling cerdas adalah orang yang beramal untuk akhirat. Sedangkan orang yang paling bodoh adalah orang yang melihat bahawa dunia ini adalah negeri, tempat menetap, dan puncak tujuan mereka. Kerana itu Anda mendapati mereka orang yang paling takut menghadapi musibah, dan paling besar penyesalannya terhadap berbagai bencana, kerana mereka tidak melihat selain kehidupan mereka yang hina. Mereka tidak melihat selain dunia yang fana ini. Mereka tidak berfikir selainnya dan tidak berbuat untuk selainnya. Mereka tidak ingin kesenangan dan kebahagiaan mereka terganggu.

Seandainya mereka membersihkan karat yang menutupi hati mereka, dan tabir kebodohan yang menutupi mata mereka, nescaya mereka menyeru jiwa mereka untuk menggapai negeri keabdian, kenikmatannya, rumah-rumahnya dan istana-istananya. Dan pasti mereka mendengar perintah wahyu yang menggambarkan syurga. Demi Allah, itulah negeri yang berhak diperhatikan dan diperjuangkan.

Apakah kita pernah merenung lama tentang gambaran penghuni syurga bahawa mereka tidak sakit, tidak sedih, tidak mati, tidak hilang masa muda mereka, tidak usang pakaian mereka, di bilik-bilik yang bahagian luarnya tampak dari dalam dan bahagian dalamnya tampak dari luar ? Di dalam syurga terdapat apa yang tidak pernah terlihat mata, tidak pernah terdengar telinga, dan tidak terdetik di hati manusia. Seorang pengembara berjalan di naungan salah satu pohonya selama seratus tahun tanpa boleh mencapai hujunnya.

Panjang tenda di dalam syurga enam puluh mil. Sungai-sungainya tidak berhenti mengalir, istana-istananya menjulang tinggi, buah-buahnya sangat dekat, mata airnya memancar, tempat tidurnya ditinggikan, cawan-cawanya diletakkan sangat dekat, bantal-bantal sandaranya tersusun rapi, bidadari-bidadari yang bebas dari haidh, nifas dan sebagainya, dan permaidani-permaidaninya terhampar. Lengkap kesenangannya, dan sangat besar kebahagiaannya. Itulah puncak tujuan. Mengapa akal kita tidak berfikir dan mengapa kita tidak merenung ?

Apabila tujuan akhirnya adalah negeri ini, maka hendaklah segala musibah yang menimpa menjadi ringan, dan hati orang yang susah menjadi senang.

Wahai orang yang dirundang kefakiran, dan yang ditimpa musibah, lakukanlah amal salih agar kalian menghuni Syurga Allah swt dan berada disisinya.

Firman Allah swt :

سَلاَمٌ عَلَيْكُمْ بِمَا صَبَرْتُمْ فَنِعْمَ عُقْبَى الدَّارِ

( Sambil mengucapkan ) : "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, ( keselamatan menyertai berkat kesabaranmu ) disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya tempat kesudahan itu. (Ar-R'ad 24)

اللهم اغفر لنا خطيئاتنا، وجهلنا، وإسرافنا في أمرنا
اللهم إنا نسألك رضاك والجنة ونعوذ بك من سخطك والنار

Yang Hina lagi Dhaif :-
..(Prince Izudin)..

Tuesday, June 8, 2010

.:: Palestin : Nukilan dan Coretan Kesedaran ::.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt..

Bersempena bantahan seluruh dunia terhadap Israel yg menentang misi kemanusiaan dan merampas kapal yang membawa bantuan kemanusiaan (Maa`vi Marmara dan Rachel Corrie Ireland) ku ingin coretkan sedikit tatapan dan renungan , mudah-mudahan kita tidak termasuk dari kalangan yang kurang imannya , sebagaimana sabda Nabi s.a.w :

لا يؤمن احدكم حتى يحب لاخيه ما يحب لنفسه

Maksudnya : Tidak beriman seseorang kamu , sehingga dia mengasihi saudaranya , seperti dia mengasihi dirinya sendiri.

Hari demi hari berlalu tetapi peristiwa hitam kekejaman manusia yang bernama zionis bagai meninggalkan kesan yang dalam dijiwa masyarakat di seluruh dunia, bagi sesiapa yang merasai kesengsaraan akibat kekejaman zionis pasti akan menjadi satu sejarah gelap dalam hidup mereka, namun kita bagaimana??

Protes makin rancak berlarutan diseluruh dunia, laungan demi laungan masih riuh kedengaran disaluran-saluran utama atau dihalaman utama akhbar dan sebagainya dan kita juga tidak turut ketinggalan mengukuti perkembangan yang sama dan terus menyokong bantahan terhadap kerajaan israel.

Dalam masa yang sama kita masih duduk ditempat-tempat perniagaan yang hasilnya milik israel!!
Kita masih membeli barang-barang dari Israel!!
Dimanakah tanda sokongan kita kepada palestine!!
Dimanakah posisi kita ketika melaungkan "Free Gaza!!" bantahan!! Kita dihaluan mana??

Hayati Lagu ini :




Aku bukanlah seorang yang tangkas dalam mengalas senjata , bukan juga seorang yang tangkas bermain pedang , bukan juga seorang yang lantang besuara , bukan juga seorang yg kreatif dan kreatis dalam menulis , bukan juga seorang yang pintar dan pantas dalam pelajaran dan pengajaran , meskipun aku dalam kelemahan dari segenap aspek , namun aku tidak redha dan tidak rela bumi palestin , kiblat pertama umat islam terus menerus jatuh ketangan israel zionis la`natullahu alaihim , atas kesedaran tadilah aku nukilkan sedikit coretan yang mungkin dapat aku membantu palestin dengan sekadar yang termampu.

للهم عليك باليهود والامريكي ، وعليك بالجبهة الوطنية الماليزية

Hamba Allah yang dhaif :
..(Prince Izudin)..